Kampung Girl gandingkan Nad Zainal & Akim Ahmad


 Update : Drama Kampung Girl Episod 1

Pernah baca Novel Kampung Girl?

Bagaimana menarik tak novel ni?

Agak-agaknya mampu ke drama adaptasi dari Novel Kampung Girl ni meletup seperti Drama Setia Hujung Nyawa?

Jika kena cara olahan pasti bakal meletup juga kan. 

Seperti Drama Vanilla Coklat gandingan Aiman Hakim Redza dan Izzara Aisya dan Drama Setia Hujung Nyawa yang menggandingkan Amar Asyraf dan Nelydia, Drama Kampung Girl ini juga berkisar tentang perkahwinan yang dirancang keluarga dan Cinta yang berputik selepas kahwin.

Agaknya menjadi tak gandingan Nad Zainal dan Akim Ahmad seperti mana fenomena Zain&Ersalina  dan ZarAmir?


Okey la bagi yang belum pernah membaca Novel Kampung Girl, kat bawah sedikit sinopsis untuk bacaan korang:

Sinopsis Novel Kampung Girl.

PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampong itu?! 

Tidak mungkin....

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi (Akim)

Ashraf Khairi sepupu dengan Ainnur dan sejak kecik lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yg keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. 

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur ( Nad Zainal)

Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak ni.

Identitinya yang belajar hingga keluar Negara dan bekerja sebagai cikgu bahasa inggeris di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampong yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya Puan Mazlin…

Ashraf yg bengang giler dengan persetujuan Ainnur telah gunakan setiausahanya untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain plak yg jadi bila terkantoi dengan Ainnur sebab setiausahanya tu kawan baik Ainnur hihihi. Ashraf dan Ainnur akhirnya ditunangkan dan akad nikah sebulan berikutnya. Dalam bencikan budak kampong, Ashraf terlalu cemburukan Faisal yang cintakan Ainnur. Ashraf terlalu ego hingga nafikan cemburu tu tandanya cinta.

Cemburu Ashraf bertambah terhadap Ainnur bila Faisal menagih cinta Ainnur walaupun Ainnur hanya menganggap Faisal sebagai abang. Ashraf bertambah terkejut bile mendapat tahu yang Faisal telah bertunang dengan Ain Airina iaitu bekas kekasihnya. Faisal tidak sukakan Ain Airina dan mereka disatukan oleh keluarga.

Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudiannya. Pada malam pengantin rahsia Ainnur yg berpendidikan terkantoi. Ashraf terlihat gambar graduation Ainnur di luar Negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tak pedulikan isterinya. Ainnur di penang dan Ashraf di KL. Kawan serumah Ainnur nasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi.

Atas nasihat Adam iaitu abang Ashraf, Ashraf cuba untuk menerima Ainnur. Dia plak berusaha memikat semula hati Ainnur. Ainnur pelik dengan sifat romantic Ashraf terhadapnya. Ashraf amat pasti yg cintanya ada pada Ainnur. Mereka macam pasangan baru bercinta hahaha. Ashraf dan Ainnur akhirnya bersatu sebagai suami isteri yang sebenar. Larangan kedua belah pihak untuk bersabar sehingga hari persandingan diabaikan. Benda halal. Kampong girl n budak Bandar!

Pada hari persandingan, Ainnur pengsan dan dia disahkan hamil. Ashraf happy giler. Keluarga mereka mengusik Ashraf yang tidak sabar tunggu hingga hari persandingan. Kampong girl yang amat dibenci menjadi orang yang amat dicintai oleh budak Bandar. So sweet. Faisal plak akan berusaha untuk terima Ain Airina dalam hidupnya.

Sumber : novelmenarik.blogspot.com


4 comments:

  1. Kita dah baca... Seronok... Ok la Nad Zainal pandai jayakan watak..

    ReplyDelete
  2. tak baca lagi...nak tunggu drama je la hehehe

    ReplyDelete
  3. erm, macam menarik tu =) nak tengok jugalah nanti..

    ReplyDelete
  4. menarik jalan ceritanya...tak sabar nak tengok ni...

    ReplyDelete