Duri di hati lakonan Amar Asyraf


Drama terbaru mengisi slot Azalea di TV3 bertajuk

" Duri Di hati "

Lakonan Amar Asyraf, Hairi Safwan, Marsha Milan, Faralyna Idris, Salina Saibi, Noorkhiriah, Jalaludin Hassan, Kuna, Adam Shah dan ramai lagi.

Mula di siarkan pada 14hb Mac 2012 setiap hari  Isnin , selasa, rabu dan khamis ( pukul 4 ptg) . Lagu tema untuk drama ini ialah lagu IJINKAN AKU nyanyian UNGU.

Jika drama Setia hujung Nyawa berjaya melonjakkan nama Amar Asyraf , adakah lakonannya dalam drama Duri di hati ini mampu meneruskan momentum yang sama? Hmmm susah sikit la kan kalau nak meletup macam drama setia hujung nyawa tu, sebab drama ni bersiaran pada pukul 4 petang. Berapa kerat sangat yang dapat menonton secara live kan?

Apa-apa pun pasti akan ada pengikut setia drama ni juga kan? Okey la untuk sinopsis ringkas dan sinopsis untuk setiap episod boleh baca di bawah ya.

Sinopsis Ringkas Drama Duri Di hati:

Kisah seorang budak lelaki bernama Aliff yang dibelasah dan dicampak ke sungai Kelang. Takdir membawanya kepada Dato'Hamid lalu dijadikan anak angkat dan kini membesar sebagai anak hartawan.


Duri Dihatiku Episode 1

Apabila Man merintih kelaparan, Alif nekad mencuri goreng pisang untuk Man. Mereka dikejar oleh beberapa orang penjaja dan Alif teruk dibelasah. Alif tidak puas hati dan makin geram bila melihat Zeck (bapa ayam) memukul ibu mereka,


Duri Dihatiku Episode 2

Alif dan Man mula meminta sedekah selepas balik dari sekolah berhampiran dengan kawasan Ana meminta sedekah. Mereka tidak pernah bertegur sapa, hanya saling pandang memandang.


Duri Dihatiku Episode 3

Zaiton separuh gila dengan apa yang berlaku pada Alif. Dia berhasrat untuk membuat aduan polis tetapi tidak dibenarkan oleh Zeck kerana bimbang kegiatan mereka akan terbongkar nanti bila pihak polis membuat siasatan.


Duri Dihatiku Episode 4

Alif yang berasa malu jika Jalal dan Hasnah mengetahui siapa Zaiton, akhirnya berbohong mengatakan dia tidak mempunyai keluarga, ditinggalkan oleh kedua orang tuanya sejak 4 tahun lalu dan dia hidup sebagai anak jalanan.


Duri Dihatiku Episode 5

Ketika Alif memasuki rumah Datuk Hamid, dia tergamam melihat gambar Datuk Hamid dan Datin Suraya bersama Rashid. Ingatan Alif kembali mengimbau terhadap perbuatan Rashid terhadap Zaiton dan dia. Dendam Alif mula menyala terhadap Rashid.


Duri Dihatiku Episode 6
Alif mengajak Juliana menumpang keretanya, bagaimanapun Juliana enggan. Alif terkilan. Dalam waktu yang sama, Farra pula kurang senang apabila Alif cuba memikat Juliana kerana sudah lama dia cuba menggoda Alif.


Duri Dihatiku Episode 7


Alif serba salah apabila Farra memberitahu siapa sebenarnya Juliana. Satu hari dia mengekori Juliana. Selepas habis belajar, Juliana akan bekerja di kedai roti untuk menyara kehidupannya.


Duri Dihatiku Episode 8

Farra makin kurang senang apabila hubungan Alif dan Juliana makin mesra. Farra berjumpa dengan Juliana dan mendesak Juliana meninggalkan Alif atas alasan Juliana tidak layak untuk Alif.


Duri Dihatiku Episode 9


Alif terkilan dan tertekan. Juliana pula amat kecewa dengan perbuatan Farra. Alif cuba berjumpa dengan Juliana tetapi Juliana enggan. Akhirnya setelah didesak oleh Alif, Juliana bersedia berjumpa dengan Alif.


Duri Dihatiku Episode 10

Setahun berlalu. Rizal dan Juliana telah menamatkan pengajian. Rizal bekerja di syarikat milik Datuk Hamid sebagai Penolong Pengurus Kewangan.


Duri Dihatiku Episode 11

Hubungan Alif dengan Farra semakin akrab dan Farra mendesak supaya Alif cepat meminangnya. Bagaimanapun kesibukan Alif untuk membalas dendamnya pada Rashid, menyebabkan Farra merasakan dirinya makin tersisih.


Duri Dihatiku Episode 12

Juliana terkilan apabila melihat hubungan Rizal dengan Farra semakin akrab, bagaimanapun Rizal cuba meyakinkan Juliana yang cintanya hanya tetap pada Juliana.


Duri Dihatiku Episode 13

Memandangkan beban tugasnya makin bertambah, walaupun Alif mempunyai kuasa ke atas syarikat, Rizal berbincang dengan Datuk Hamid untuk mencari seorang pembantu. Alif kurang senang dengan sikap Rizal yang tidak menghormatinya.


Duri Dihatiku Episode 14

Alif bergaduh dengan Rizal kerana Farra. Hubungan Alif dengan Farra juga bermasalah. Alif berbincang dengan Datuk Rizal untuk menamatkan perkhidmatan Rizal, bagaimanapun Datuk Hamid tidak bersetuju.


Duri Dihatiku Episode 15

Kehadiran Juliana dalam syarikat, menyebabkan Alif serba tak kena. Dia menuduh Rizal sengaja hendak menyakitkan hatinya. Rizal kehairanan dan ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku tetapi Alif hanya memendam perasaan marah.


Duri Dihatiku Episode 16

Juliana serba salah dengan luahan perasaan Alif. Setelah didesak Alif, akhirnya Juliana memberi kata putus yang dia tidak mungkin dapat menerima Alif untuk kali kedua.


Duri Dihatiku Episode 17

Farra amat marah dengan Juliana dan menuduh Juliana sengaja hendak membalas dendam terhadapnya. Juliana akui, dia amat terhina apabila Farra mendedahkan rahsianya di depan kawan-kawan kolej.


No comments:

Post a Comment