Transformers Lost In Black Forest


Tajuk omputih la sangat kan, tapi isi tetap bahasa ibunda yang rojak juga..

Actually tajuk tu merujuk pada kek kat sebelah ni. Dah berhari-hari anak teruna sorang tu request nak kek yang ada gambar transformers. Bila tanya nak kek apa, dia jawab tak kisah asalkan ada gambar transformers.

Mamanya apa lagi terus la ambil peluang tuk bereksperimentasi buat Black Forest Cake. Masa keluar cari bahan tu tak de la pulak cherry, tapi tak kisah la buat ala-ala kek Black Forest pun jadi la. Dah tekak teringin nak makan kan.

Bila edible image transformers di gabung dengan Black Forest cake , makanya terhasil la Kek " Transformers Lost In Black Forest", suka-suka hati je letak nama tu kan. lantak la sendiri bikin kek kan...


Adat orang tak belajar secara formal buat kek, mula la terjah sana terjah sini kat alam maya ni cari segala macam info dan tips dalam usaha nak menjayakan misi buat kek ni. Sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi. 

Adoi la boleh pulak mimpi sambung belajar, dalam mimpi tu tercari-cari mana kelas, tanya sana tanya sini tak de sorang pun tahu, last-last jumpa juga, tapi kan yang jadi tukang ajar tu bukan chef khusus dalam baking membaking kek, chef tu terkenal dengan kepakaran masak masakan arab. Terkejut punya pasal terus terjaga dari tidur...

Tu namanya mimpi hanya la mainan tidur kan, segala kemungkinan boleh masuk dalam mimpi kita...

6 comments:

  1. semua demi anak - anak....
    sedapnya kek...
    sampai mimpi - mimpi...moga jadi kenyataan....

    ReplyDelete
  2. kak, camne akak wat edible image tu? cantikla kek rifqi

    ReplyDelete
  3. hehehehe.. sampai termimpi2..

    tapi kek tu nampak sungguh menggiurkan~
    kagum lah sebab boleh buat sendirik..:)

    ReplyDelete
  4. hhmm.. lama dah tak buat kek
    ank no. 1 dah komplen hihihi!!

    ReplyDelete
  5. lepas ni buat la pulak fondant cake bentuk Bumblebee :)

    ReplyDelete
  6. emm dah lama saya tak buat kek
    kalau buat pun kek bodoh je..x pandai nak buat kek lawa camni

    ReplyDelete