Drama Teduhan Kasih adaptasi novel karya Marissa


Sebuah lagi drama bersiri adaptasi dari novel. Kali ni Novel bertajuk Teduhan kasih hasil karya Marissa pula di angkat menjadi drama dan bakal disiarkan di slot AKASIA tv3.


Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah Adi Putra (Ehsan), Sherry Ibrahim (Iffa), Shah Iskandar (Rizal) dan Nabila Huda( Ayu).

Jika dalam drama Setia Hujung Nyawa, Sherry Ibrahim membawakan watak yang mampu membuatkan penonton menyampah , adakah lakonannya sebagai seorang isteri yang ditinggalkan suami mampu membuatkan penonton simpati?

Mampukah drama ini menjadi drama adaptasi popular sepertimana drama Nora Elena, Gemersik Kalbu , Setia Hujung Nyawa  atau sekadar mendapat rating biasa-biasa aje?

Okey la , bagi korang yang belum pernah membaca Novel Teduhan Kasih pastinya ingin tahu sinopsis novel ini sebagai gambaran serba sedikit jalan cerita drama Teduhan Kasih ini nantikan?.

Sinopsis Teduhan kasih


Teduhan Kasih mengisahkan Iffa yang mendirikan rumahtangga bersama Rizal, namun rumahtangganya dilanda badai gara-gara Rizal berlaku curang dengan kawan baik Iffa sendiri iaitu Ayu. Disebabkan Ayu tidak mahu bermadu, Rizal bertindak menceraikan Iffa yang ketika itu sedang mengandung anak sulung mereka.

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Rizal bukan setakat menceraikan Iffa tapi lebih kejam lagi, Rizal sanggup menyuruh Iffa menggugurkan kandungannya. Ibu Mertua iffa pula menyokong tindakan Rizal kerana dari awal perkahwinan Iffa dan Rizal lagi, ibu mertuanya tidak menyukai Iffa.

Setelah di halau dari rumah Rizal, Iffa membawa diri dan tinggal bersama ibu tirinya (Isteri pertama arwah ayahnya). Di rumah Ibu tirinya Iffa dilayan dengan teruk oleh ibu tiri dan kakak tirinya. 

Seperti sudah dirancang, pada hari Iffa sakit hendak bersalin , waktu itu juga ibu tiri tiada kerana sedang bercuti ke Langkawi bersama keluarganya yang lain. Lebih tragis lagi pada hari yang sama juga Rizal dan Ayu Berkahwin. 

Ditakdirkan sewaktu Iffa keseorangan menahan sakit menunggu teksi, muncul seorang lelaki yang sudi menghulurkan bantuan. Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatan tinggi di sebuah syarikat. Seorang lelaki yang sentiasa dikelilingi wanita cantik dan kehidupan yang sangat bebas tetapi jiwanya kosong. 

Ehsan bertindak membawa Iffa ke Hospital. Sekaligus meneman Iffa di Wad bersalin gara-gara telahan jururawat yang menyangka Ehsan dan iffa merupakan pasangan suami isteri .

Bukan itu sahaja Ehsan turut menamakan bayi Iffa dengan nama Adam Ehsan Bin Rizal. 

Selepas keluar dari hospital, Iffa menghabiskan tempoh berpantang di rumah Ehsan. Kemudian pulang ke rumah ibu tirinya sebelum mengambil keputusan  balik semula ke rumah ehsan dan tak lama kemudian Ehsan melamar Iffa.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.


Pada awalnya iffa berbelah bagi untuk menerima Ehsan kerana Iffa tahu kisah silam Ehsan yang  suka berpoya-poya, tak solat serta minum arak. 

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.- IFFA

Iffa sedar Ehsan adalah insan yang diaturkan oleh Allah untuk membantunya malah kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Iffa juga sedar kelahiran Adam banyak merubah kehidupan Ehsan lebih membuatkan iffa terharu Ehsan mengganggap Adam seperti anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan.  Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang dan seterusnya bersetuju untuk berkahwin dengan Ehsan.

Dalam kebahagiaan yang dibina, hubungan mereka diuji dengan kemunculan bekas isteri ehsan dan lebih parah sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan

Ending Iffa bahagia dengan Ehsan dan dikurniakan anak kembar!

No comments:

Post a Comment