Darah Satria : Semoga tiada lagi yang gugur


Update terbaru Di Lahad Datu :

Kini fasa kedua serangan sedang dilancarkan oleh pasukan keselamatan setelah UAV (Unmanned Air Vehicle) atau pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang digunakan bagi melihat tahap kemusnahan lokasi musih yang telah dibom untuk tindakan susulan dan selanjutnya.


Difahamkan, sejurus selesai tugas UAV melaksanakan misi itu, pasukan komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memasuki dan menggempur musuh serta menghabiskan saki-baki penceroboh. 


Pasukan tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pula dikerah untuk membuat back up. 

Kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM sehingga kini berjalan lancar dan memberi impak yang cukup ketara dalam misi menyelamatkan negara. - UTUSAN ONLINE

Sama-sama kita doakan Pasukan Keselamatan kita berjaya melaksakan misi tanpa ada sebarang tumpahan darah di pihak kita.

Bila baca update tentang perkembangan terkini di Lahad datu tetiba teringat lagu "Darah Satria" iaitu lagu tema filem Darah Satria lakonan A.R Badul, Aman shah dan Lydiawati.


Korang Pernah tengok tak filem ni?

Bagi yang pernah tengok masih ingat lagi tak jalan ceritanya camna?

Nota Jejari :  Mungkin kita lebih patriotik dari budak zaman sekarang sebab kita membesar dengan cerita-cerita sebegini kot!

Mungkin video lagu darah satria di bawah ni boleh buat korang flash back balik jalan cerita ni.




LAGU DARAH SATRIA
Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah…
Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga
Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Darah satria..(2x)




No comments:

Post a Comment