Drama Cinta Jangan Pergi 6 April 2013


Siapa bakal menjadi pilihan Lea Soraya(Tiz)?
Khalil (Remy) atau Hudd (Josiah) ?

Dalam entry "Drama Cinta Jangan Pergi, gandingan Remy & Tiz" sebelum ni  ada maklumat salah berkaitan tarikh jangkaan  drama ini akan  mula bersiaran dan slot yang bakal diisi.

Semua kesilapan tersebut terjadi disebabkan   kekurangan  info berkaitan drama ini  pada waktu entry tersebut disiarkan. Maaf!

Untuk info lanjut dan terkini berkaitan Drama ni seperti dibawah:

  • Bersiaran Mulai : 6 April 2013 ( Setiap Sabtu & Ahad) Pukul 8.30 malam di TV9.
  • Jumlah Episod  :  26  episod
  • Barisan Pelakon : Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob 

Sinopsis Cinta Jangan Pergi

Dengan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir telah merubah segalanya. Lea Soraya dan Khalil dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris.

Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali, mereka mula merasa senang dengan kehadiran masing-masing. Bibit cinta mula terbit di hati mereka setelah melalui hari-hari bahagia bersama. Percintaan mereka berlanjutan walaupun setelah mereka pulang ke London.

Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini terjadi ke atas Khalil. Kehilangan Khalil membuatkan Lea buntu samada untuk terus menunggu Khalil atau melupakan kenangan lalu dan bersama Hudd .

Siapakah yang akan menjadi pilihan Lea, Khalil atau Hudd?


Trailer Cinta Jangan Pergi

Untuk dapatkan lebih gambaran flow atau jalan cerita Drama Cinta Jangan Pergi ni , korang boleh tonton trailer drama ni kat bawah (Kredit pada pemilik asal video):



Sumber : TV9

1 comment:

  1. dah lama tak tengok cite melayu..kadang2 layan kat youtube jer..

    ReplyDelete