10 tips pecah lemak dan kuruskan badan


Ada segelintir orang kita ni kurang minat sikit nak bersenam, kalau boleh semua benda nak mudah dan cepat kan. Sebab tu la produk pelansingan atau mana-mana produk yang boleh buang lemak berlambak-lambak kat pasaran sekarang ni.

Tak kira mahal atau murah sesuatu produk, ada kelulusan KKM atau pun tidak, pasti ada pembelinya.

Ikutkan untuk buang lemak, ada pelbagai cara yang boleh dipilih dari bersenam, jaga pemakanan, ambil produk pelansingan, sedut lemak, pendek kata pilihan di tangan kita. Sama ada nak pilih yang cepat dan mudah , lambat tapi berkesan atau cepat tapi berisiko.

Kali ni saya cuma nak kongsikan beberapa garis panduan untuk pecah lemak dan kuruskan badan dengan cara ubah tabiat makan dan kawal apa yang kita makan.

Antara cara yang boleh di praktiskan ialah:

1. Kunyah makanan dalam mulut selama boleh atau kunyah sebanyak mungkin , contoh 20 kali kunyahan sebelum telan. Enzim dari air ludah membantu penghadaman. Malah, ikut sunnah pun memang digalakkan kunyah banyak kali kan, ada yang kata 44 kali kunyahan seelum telan.

2. Kurangkan makan diluar, masak sendiri lebih baik sebab kita tahu apa yang kita letak dalam masakan kita tu, kalau kat kedai ni mungkin ada kedai yg letak MSG, satu lagi cuba kurangkan makan fast foods dan makanan bergoreng. 

3. Elakkan minum minuman kordial serta minuman dalam botol, tin atau kotak. 

4. Jauhkan segala makanan yang mengandungi perisa, pengawet dan pemanis. cth cekedis atau junkfood

5. Minum segelas air suam dicampur perahan separuh buah lemon atau limau nipis. Minum sedikit apel cider atau vinegar ketika atau lepas makan. Untuk makluman cuka juga dikatakan termasuk dalam makanan sunnah 

6. Cili mentah - merah, hijau atau padi , makan sebagai ulam atau salad.

7. kunyit hidup campurkan dalam masakan.

8. gunakan olive oil magerin, minum minyak kelapa dara satu sudu 2 kali sehari.

9. supplemen vitamin B khususnya B3 atau Niacin.

10. makan seaweed sebagai sumber iodine dan antioxidants.

Sumber : FB DR Hamid Arshat

1 comment: