RVC dengan creamcheese dan fresh cream


Orang kata "Practice makes perfect".. dan rasanya perlu banyak praktis lagi untuk dapat hasil deco yang lebih licin dan cantik dari yang ni;
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Tapi...

Untuk sesetengah situasi, tak boleh kerap sangat praktis, cam nak deco cake yang menggunakan freash cream ke, buttercream ke, creamcheese ke atau apa cream sekalipun. Tak berboloi untuk dibuat bilamana orang di rumah tak minat nak makan sebarang kek yang ada cream-cream ni. Tul tak?

So bila ada event tertentu seperti besday ke, anniversary ke baru la berpeluang praktis deco mendeco kek ni kan?

Kali ni projek main masak-masak try buat kek baldu merah pulak:


Kek baldu merah dengan deco yang simple. Resepi kali ni guna resipi yang lain pulak. Kiranya dah 3 resipi yang dicuba. First resipi buat RVCC je , resipi kedua yang dicuba buat kek besday. Actually resipi pertama dan yang ketiga ni tak banyak bezanya, rasanya perbezaan cuma pada kuntiti telur dan butter yang digunakan sahaja.

Dari segi rasa pula...????

Hmmm rasanya lebih menyukai resipi Kek Baldu Merah percubaan pertama dulu kot. Atau mungkin akan cuba resipi lain pula untuk dibuat perbandingan dan pilih resipi mana yang lebih umpphhh dari segi rasa

Nota Jejari : Korang minat tak Kek Baldu Merah ? Saya ? Kek jenis ni bukan la kek kesukaan, tapi still boleh diterima dek tekak

No comments:

Post a Comment