Boikot filem dan drama melayu


Gambar dari FB page
Kami Boikot Filem Mencari Cinta
Bukan nak menghasut korang agar boikot mana-mana filem atau drama melayu, cuma nak kita-kita berfikir perlu ke adengan "lucah" yang agak melampau di pertontonkan.

Sepatutnya dari dulu lagi perlu ada yang berani bersuara lantang untuk menyekat pembikin-pembikin filem dari terus menghasilkan filem atau drama yang memaparkan babak diranjang. Sekalipun scene tersebut untuk menunjukkan hubungan antara pasangan suami isteri tetap tidak sesuai untuk dipertontonkan.

Jika sekarang pembikin filem sudah berani memasukkan babak sebegitu ke dalam filem mereka , tak mustahil akan datang babak yang lebih berani dan lebih lucah lagi bakal di pertontonkan.

Kekadang pelik, bagaimana babak yang agak "daring' boleh terlepas ? Kalau pun tak lulus untuk tayangan tapi perlu ke dimuat naik ke youtube untuk tontonan umum?

Macam semalam heboh tentang video babak dari sebuah filem yang bakal ditayangkan (yang sudah tidak diluluskan untuk tayangan) dimuat naik.  Korang mesti tahu babak dari filem apa kan?

Nak post video tu kat sini pun rasa tak sanggup, walau ianya memaparkan hubungan intim antara pasangan suami isteri tapi ia tetap kurang elok dan rasanya tak perlu pun adengan sebegitu.

Sekalipun nak buat filem romantis tak boleh ke cuba cabar diri tu untuk hasilkan filem romantis yang tiada adengan buka-buka baju, adengan peluk-peluk antara lelaki dan wanita?

Sekalipun nak naikkan taraf perfileman melayu setanding filem-filem dari luar, perlu ke filem kita juga memaparkan babak lucah, ghairah, berahi , seksi dan yang sewaktu dengannya?

Jawapan ada pada korang-korang suka tengok filem atau drama...

Filem atau drama yang macam mana yang korang nak?

Rasanya pengarah atau penerbit filem ni buat filem ikut trend juga,  dia tahu penonton suka tengok adengan sweet dan romantis dia akan masukkan babak sebegitu ke dalam filem diaorang, malah sebagai pengarah yang "kreatif" diaorang akan melebih-lebihkan adengan tersebut agar penonton lebih "feel", tak gitu?

8 comments:

  1. kadang2 kalau dah terlalu menjolok mata, hilang rasa romantis tu..

    ReplyDelete
  2. orang putih sekarang pun dah beralih ke drama korea sbb dah bosan dgn scene ranjang filem mereka sendiri...kita yang melayu ni pulak tergedik gedik buat scene camtu

    ReplyDelete
  3. takut tengok depan anak - anak cerita macam ni...

    ReplyDelete
  4. klu tgk dgn anak2 mmg rasa malu bila ada adengan yg mcm tu

    ReplyDelete
  5. kes adegan ranjang si nora danish & rusdi ni mmg dah hot kat internet.

    Yang pelik bin ajaib, mana JAKIM?
    Mana FINAS?

    So jangan pelik bila negara kita di timpa musibah.

    Saya dah lama boikot filem dan drama Melayu, sebab filem Hollywood yang kita dok kata kafir tu, lebih berintegriti dan byk kali sampaikan norma2 kekeluargaan, berbanding filem2 arahan & lakonan org Melayu Islam kita.

    ReplyDelete
  6. klu bab buat scene beromen org melayu kite mmg terrer tp klu buat stunt langsung x real

    ReplyDelete
  7. klu bab buat scene beromen org melayu kite mmg terrer tp klu buat stunt langsung x real

    ReplyDelete