Kek coklat yg tak guna telur


Ni bukan la kali pertama buat kek coklat tanpa telur. Sebelum ni pernah buat kek coklat tanpa telur resipi dari Dayangjack @ dapurku sayang ( Rujuk entry "Kek Coklat Lembap Tanpa Telur" dan "Super Moist Eggless Chocolate Cake versi cup" ).



Pernah juga buat kek coklat menggunakan mayonis sebagai pengganti telur dan minyak/butter di entry "Moist Chocolate Mayonnaise Cake". Bagi yang nak tahu bagaimana rasa kek coklat yang menggunakan mayonis boleh la cuba resipi di entry yang disebutkan tadi ya.



Kali ni untuk Kek Coklat tanpa telur saya cuba guna resipi lain pula . Kek kali ni lebih gebus dari resipi kek coklat tanpa telur yang pernah dicuba sebelum ni. Kalau tengok hasil dari percubaan resipi yang ni, dari mata kasar tak de beza mana jika nak dibandingkan dengan resipi kek coklat yang ada penggunaan telur.


Dari segi rasa pula, memang la akan ada perbezaan antara keduanya kan?

Bagi yang nak cuba bleh check resipi kat bawah:

Kek Coklat Tanpa Telur ( Eggless Chocolate Gateau )
Sumber asal: Fabulous Cake Business
 Cnp dari : Laman Suri Menyusuri Hidupku

Bahan A
150g minyak masak/jagung atau butter cair
200g brown sugar
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh coffee paste
280g sweet soya milk atau susu segar

Bahan B (Diayak)
200g tepung biasa (tepung gandum)
30g serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh baking soda

Cara membuat kek:
1. Campur bahan (A) kacau hingga rata.Tambahkan bahan (B) dan kacau hingga sebati.
2. Tuang adunan kek ke dalam loyang 8'' yang sudah digris baking paper.
3. Bakar pada suhu 170'C selama 60 minit.Setelah masak biarkan kek sejuk.
4. Hias kek sesuai dengan kreativiti anda. ( Boleh letak filling krim keju dan ganache coklat - resipi dibawah)


Ganache:
200g dark compound chocolate
130g non-dairy fresh cream
70g unsalted butter 

1. Panaskan non-dairy fresh cream hingga mendidih.
2. Tambahkan coklat cincang dan kacau hingga coklat larut.
3. Masukkan butter dan kacau sebati.Biarkan ganache sejuk dan pekat.
4.Tuang ganache ke atas kek.


*Filling  Krim Keju:

125g cream cheese
1 1/2 sudu besar gula kastor
120g non-dairy fresh cream-diputar hingga soft peak
Cara:Putar cream cheese bersama gula hingga licin.Satukan dengan fresh cream.Siap.


Nota Jejari : Selamat mencuba (^_*)

1 comment: