Gwiyomi: Apa dan bagaimana


Sekarang boleh dikatakan gelombang "Gwiyomi" sedang melanda negara kita dan asia umumnya. Bukan hanya perempuan , bahkan lelaki juga sibuk memuat naik video parodi aksi "Gwiyomi" .

Bagi yang belum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan "Gwiyomi" meh nak terangkan serba sedikit;

Gelombang gwiyomi ni asal dari korea, dimana lagu Gwiyomi merupakan lagu single k-pop yang dinyanyikan oleh Hari. Lirik lagu tersebut berkisar tentang seorang wanita yang meminta pakwe/boyfriend nya untuk tidak meninggalkannya.

Yang menjadikan lagu ini mudah mendapat perhatian golongan remaja kerana pergerakan/tarian yang dipamerkan sewaktu menyampaikan lagu ini seiring dengan lirik. Dimana perkataan gwiyomi itu sendiri membawa maksud comel ( cutie )  dan pergerakan atau tarian yang dipersembahankan juga bersifat "comel" seperti gerakan jari menunding ke pipi, dua jari dari tangan kiri dan kanan diangkat kekepala , membentuk bentuk hati dengan jari dan diakhiri dengan mencium 6 jari.


"Comel" yang dimaksudkan disini bersifat subjektif kerana ada sesetangah orang merasa pergerakan "Gwiyomi" ini comel dan ada juga yang merasakan sebaliknya.

Walau apa pun pandangan kalian, satu nasihat buat adik-adik yang beragama islam khususnya yang bertudung, seeloknya tidak perlu la upload video "Gwiyomi" kalian ke internet. Ya la kan korang dah elok-elok menutup aurat tak manis pulak kalau video aksi " Gwiyomi" kalian tu ditonton oleh lelaki kan? Mana la tahu ada aksi kalian tu mampu menaikkan syahwat mereka....

Cukup la sekadar beraksi di depan cermin atau di hadapan kawan-kawan sejenis sahaja... Bagi yang dah berkahwin bleh la buat depan suami..

Nota Jejari : Nak syok sendiri dengan aksi ke"comelan" korang biar la bertempat jangan sampai tersalah langkah hingga mengundang dosa.... 

2 comments:

  1. ooo.. baru tau.
    wa mmg ketinggalan menjak jarang bw skrg.
    ingtkan pa kemendenya gwiyomi ni....

    ReplyDelete
  2. hai.. done follow sini, jom follow me back.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/2013/04/gwiyomi-kiyomi-songs.html

    ReplyDelete