Kekeliruan Undi Pos dan Undi Awal


Sedikit kecoh di FB hari ni bilamana ada yang kongsi gambar dibawah ni:

 gambar undi pos / undi awal
Kredit pic pada milosuam

Ramai sebenarnya yang kurang arif tentang perbezaan penggunaan istilah undi pos dan undi awal. Mungkin ada yang beranggapan undi pos dan undi awal adalah sama.

Terima kasih buat FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) yang membuat pencerahan perbezaan di antara  keduanya;
#PRU13 #GE13 KEKELIRUAN ANTARA UNDI POS DAN UNDI AWAL:

Merujuk kepada kekeliruan yang ditimbulkan melalui media sosial berkaitan anggota polis sudah mula mengundi, berikut adalah perbezaan di antara Undi Pos dan Undi Awal:

UNDI POS - akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi dicetak dan pengundi pos perlu mengembalikan kertas undi yang telah ditanda kepada Pegawai yang bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.

Bagi PRU 13, undi pos telah bermula PADA 23 April 2013 iaitu setelah pihak PDRM menerima kertas undi dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

UNDI AWAL - akan diadakan lebih awal sebelum tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar.

Bagi PRU 13, pengundian awal telah ditetapkan pada 30 April 2013.

Nota Jejari : memang keliru dengan istilah undi awal dan undi pos, bila dah ada pencerahan camni baru la faham sedikit

3 comments:

  1. tapi knapa perlu ada no siri ya?bknkh undi adalah rahsia?

    ReplyDelete
  2. Bagus pencerahan sebegini...Cuma, boleh ke ambil gambar kertas undi dan papar di media? ;)

    ReplyDelete