Lemon pengganti deodorant


Korang mesti pernah terbaca tentang bahaya deodorant atau antiperspirant kan?

Ada yang kata ianya boleh menyebabkan kanser disebabkan bahan/ingredients yang terdapat dalam deodorant/antiperspirant tersebut.

Ada juga orang kata antara deodorant dan antiperspirant, deodorant lebih elok sebab antiperspirant ni menyekat pengeluaran peluh. Tak sure pulak sejauh mana kebenarannya.

Setakat yang saya tahu, kalau kita nak pilih deodorent atau antiperspirant tu, kena la tengok peratus setiap bahan/ingredients yang digunakan.  Contoh kandungan paraben  tidak melebihi 0.4%.

Actually isu penggunaan deodorant/antiperspirant boleh jadi penggalak bagi terjadinya kanser payudara ni, masih belum ada bukti kukuh lagi. Malah dikalangan saintis ada yang berpendapat deodorent tidak menyebabkan kanser dan isu ni juga masih lagi dikaji dan dibuka untuk perdebatan.

Tapi

Kalau korang betul-betul ambil berat tentang isu ni sampai takut nak guna mana-mana deodorant atas faktor tak tahu kandungan yang ada didalam satu-satu deodorant tu, ada alternatif nya.

Salah satu caranya ialah guna bahan semula jadi macam buah lemon.

Kenapa buah lemon?

Acid citrus dari buah lemon dikatakan mampu menghapuskan bakteria penyebab bau.

Cara untuk menggunakan buah lemon sebagai pengganti deodorant ialah dengan hanya hiris sedikit buah lemon dan sapu ke bahagian bawah ketiak. Tapi perlu diingat jangan sapu lemon sekiranya "semak-samun" yang ada di bahagian tersebut baru sahaja dibersihkan. Kalau tidak menjerit kepedihan la pulak nanti (^_*)

1 comment: