Produk tabita ada bahan terlarang?


Sumber yang mengatakan Produk Kosmetik Jenama "TABITA" mengandungi bahan terlarang seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik dan merkuri diperolehi dari media singapura:


Nasihat usah guna produk kosmetik Tabita
Ujian dapati barangan mengandungi bahan terlarang yang membahayakan

BAHAN-BAHAN terlarang telah ditemui dalam tiga produk kosmetik yang dipasarkan di bawah jenama Tabita, kata Penguasa Sains dan Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam.

Produk-produk itu ialah Tabita Skincare Smooth Lotion, Tabita Skincare Daily Cream dan Tabita Skincare Nightly Cream.

Orang ramai dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk tersebut dan segera membuangnya kerana ia boleh mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna.

Produk itu telah diuji dan didapati mengandungi bahan-bahan kuat yang tidak diisytiharkan seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik dan merkuri.

Hidrokuinon dan tretinoin adalah bahan kuat yang dilarang digunakan dalam produk kosmetik penjagaan kulit di sini. Ini kerana ia hanya sepatutnya digunakan di bawah pengawasan perubatan kerana boleh memberi kesan buruk jika tidak digunakan dengan betul.

Sementara itu, kadar asid salisiklik dan merkuri yang tinggi pula boleh menyebabkan kesan seperti kerengsaan kulit, pening dan kulit yang berubah warna.

Menurut HSA, ia diberitahu tentang produk tersebut setelah menerima laporan mengenai seorang wanita yang mengalami ruam di muka dan leher dan satu lagi laporan mengenai pemutihan kulit mendadak yang tidak dijangkakan selepas menggunakan produk Tabita.

Produk terlarang itu tidak dijual di Singapura tetapi boleh dibeli dari luar negara menerusi Internet.

HSA menasihatkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut supaya mendapatkan pemeriksaan doktor jika mereka berasa kurang sihat atau bimbang akan kesihatan diri mereka.

Jurucakap HSA juga menekankan bahayanya membeli produk kesihatan termasuk kosmetik daripada sumber yang diragui menerusi Internet.

"Pengguna harus sedar akan risiko membeli produk di dalam talian.

"Tidak seperti barang keperluan lain, kegunaan produk kesihatan, termasuk kosmetik yang rendah mutunya dan disalah label, boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius," kata HSA.

Setakat ni tiada maklumat dari BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan , Kementerian Kesihatan Malaysia) berhubung isu ini.

Mungkin bagi yang sedang menggunakan atau baru bercadang untuk mencuba Produk Kosmetik keluaran Tabita mungkin bleh dapatkan pengesahan dari BPFK berhubung isu ini. Lagipun Produk Tabita ni boleh dibeli secara dalam talian kan, so elok la dapatkan kepastian

  • samaada produk tersebut betul-betul selamat untuk digunakan 
  • samaada yang dijual itu bukan produk tiruan


Nota Jejari : Berhati-hati dalam memilih produk kosmetik, pastikan ianya selamat untuk digunakan...

1 comment:

  1. agak jugak dah. pertama sebab cepat sangat dapat result. kedua sebab ianya menyebabkan pengelupasan yang melampau.. anyway thanks sharing.

    ReplyDelete