Foodstagramming : Petanda Orang Sakit Mental?


Ramai pengguna FB yang naik angin dengan tajuk artikel yang disiarkan di satu akhbar ( maaf, tak sure surat khabar apa ) seperti gambar dibawah:

" Kegilaan memuat naik gambar makanan ke dalam laman sosial, internet "
Petanda orang sakit mental


Masakan tidak, dengan tajuk sebegitu boleh bikin orang yang rajin upload gambar makanan tak kira di instagram, di FB atau di blog sedikit tersentap. Ya la kan rata-rata upload gambar makanan sekadar untuk suka-suka dan berkongsi sahaja.

Actually artikel tersebut kalau ikut versi bahasa inggeris lebih menjurus kepada golongan yang diistilahkan sebagai "Foodstagramming".
"Foodstagramming" meaning taking pictures of some delicious meals you order in a restaurant and putting it online.
Kalau tak silap juga dalam artikel asal tak de la spesifik cakap tabiat suka upload gambar tu sebagai petanda sakit mental. Cuma bagi yang terlalu obses sangat tu mungkin la kot, ya la apa sahaja yang dia makan , bilamana dia nak makan, kat mana dia makan pendek kata semuanya nak diuplod kat laman social. Sampaikan kerana terlampau obses dengan perkara tersebut, dia kurang atau tak bergaul dengan masyarakat / orang sekeliling .

Tentang isu gambar makanan yang banyak dikongsikan dilaman sosial boleh menyebabkan kenaikan berat badan tu pula, no komen la kan. Tu korang kena tanya diri korang la, if ada kawan korang yang kongsi satu-satu gambar makanan yang nampak menyelerakan mesti ada rasa teringin nak makan juga kan? Kalau yang upload gambar sekali dengan kongsi resipi tu, mesti ada yang teringin nak cuba buat juga kn?

So kemungkinan untuk naik berat badan tu tak mustahil boleh terjadi dengan sebab banyaknya perkongsian gambar makanan sehingga kita tak mampu nak tahan keinginan untuk turut merasai kesedapan makanan tersebut kan?.

Berbalik pada isu "foodstagramming", untuk makluman korang, ada sesetengah restoran di New york ban terus golongan "foodstagramming" ni tau. Nak tahu sebab apa?

Sebabnya ada sesetengah "foodstagramming tu sampai bawak tripod , panjat kerusi meja semata-mata nk dapat gambar yang terbaik, Kalau dah sampai macam tu gaya ambil gambarnya, sedikit sebanyak akan mengganggu pelanggan lain la kan, tambah pulak dengan flash dan bunyi dari kamera tu lagi. Satu lagi, pemilik restoran atau chef rasa, kalau jenis yang tak pro ambil gambar tu mungkin akan merosakkan "imej" makanan diorang seterusnya akan beri persepsi negetif pada yang melihatnya.

Nota Jejari : Tak sampai ke tahap "foodstagramming" lagi, nak kongsi gambar makanan pun pilih-pilih juga lagi, dah tu jarang sekali upload dan kongsi tentang makanan tak kira di blog atau di FB

2 comments:

  1. kalau buat perpada-pada rasanya tak ada masalah kot..

    ReplyDelete
  2. Wow, kalau tak silap, org nk berdiet pun mmg akn ambil gambar makanan yg dia nk mkn, sbb dia nk review balik kemudian kalori yg dia dh ambil.

    ReplyDelete