Isu puasa di Bulan Rejab


Tahun lepas pernah buat entry tentang Hadis yang lemah (Dhoif) dan Hadis Palsu (Mawdhu') tentang kelebihan puasa di bulan rejab di  entry " Kelebihan bulan Rejab Vs Hadis Palsu (Mawdhu') & Hadis Dhoif "

Disebabkan sifat semulajadi manusia ni mudah "terlupa" so, kali ni nak kongsikan lagi info bahawa tiada hadis khusus tentang kelebihan berpuasa di bulan rejab

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar:

وقال الحافظ ابن حجر " لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معيَّن ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة " ا.هـ تبيين العجب / 11 ( وأنظر : لطائف المعارف /228 )

Maksudnya: Tidak terdapat hadith sahih yang boleh dijadikan hujah berkenaan kelebihan bulan Rejab, puasa bulan ini, puasa hari-hari tertentu bulan ini mahupun bangun malam tertentu pada bulan ini".

So harap pada yang dapat sms atau ada kawan-kawan di FB yang kongsi gambar seperti dibawah ni, harap sedia maklum la ya yang dinyatakan didalam gambar tersebut bukan dari hadis sohih.


If nak tahu contoh hadis yang lemah (Dhoif) dan Hadis Palsu (Mawdhu') tentang kelebihan puasa di bulan rejab , korang boleh baca di  entry yang dah dinyatakan di permualaan entry ni tadi ya

Tapi...

Tak salah pun kalau kita nak berpuasa sunat isnin dan khamis dalam bulan rejab ni, seperti berpuasa sunat isnin dan khamis dalam bulan-bulan lain juga, selagimana hari isnin dan khamis tu bukan jatuh pada hari yang diharamkan puasa.

Nota Jejari : Sibuk tentang yang sunat, yang wajib ( puasa ganti ) dah buat ke????

No comments:

Post a Comment