10 Model kereta turun harga


Dah turun harga ya 10 model kereta dibawah ni:
  1. Harga kereta Peugeot 308 turun (11 peratus)
  2. Harga kereta Volkswagen Golf turun (7.1%)
  3. Harga kereta Viva turun (5.4%)
  4. Harga kereta Myvi turun (4%)
  5. Harga kereta Persona turun (3.8%)
  6. Harga kereta Alza turun(3.4%
  7. Harga kereta Proton Preve turun (3%)
  8. Harga kereta Honda Jazz Hibrid turun (2.5%)
  9. Harga kereta Saga turun (1.1%)
  10. Harga kereta Exora turun (0.7%).
Bagus la kan, ada la juga nampak usaha nak menunaikan janji, harapnya ditepati lakan sebagaimana yang dah dijanjikan. Jangan pula usahanya hanya nampak sekarang tapi tahun-tahun mendatang mula menampakkan janji mula dicapati.

Dan harapnya juga jangan pula yag disini turun yang disana naik atau semakin menyulitkan. Apa yang dimaksudkan dengan "disana" tu boleh dirujuk pada banyak benda yang ada kaitan secara langsung atau tak langsung dengan kereta.

So, pada yang dah berhajat nak beli kereta tu, boleh la usha-usha model mana yang nak dipilih atau boleh juga tunggu ramalan pak nujum mana tahu ada kereta idaman hati yang dalam perancangan akan diturunkan harga oleh pengeluar kereta.

Kalau rasa tak terdesak sangat nak memiliki kereta buat-buat la bersabar mana tahu next year lebih banyak model kereta yang akan diturun kan harga


KUALA LUMPUR 9 Jun - Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.

Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_04/10-model-kereta-turun-harga#ixzz2Vm71Thb3
© Utusan Melayu (M) Bhd



Nota Jejari : Ramai la yang berhajat nak tukar kereta pasni ya......

2 comments:

  1. lepas nie boleh la nak beli kete..ingat nak beli viva jerk.sbb jimat skit

    ReplyDelete
  2. hihihihhi....... myvi pon jimat juga....

    ReplyDelete