Muka teruk berjerawat kerana Produk tajaan


Blogger zaman sekarang memang bertuah, bukan sahaja boleh jana income melalui iklan yang ditepek diblog atau sponsored post dari mana-mana ads network, tapi boleh juga dapat income dengan mempromosikan barangan dari mana-mana syarikat tanpa melalui pihak ketiga.

Biasanya mana-mana blogger yang "popular" dan mempunyai ramai pengikut  atau pembaca setia, mereka akan di approach oleh syarikat pengeluar sesuatu produk atau individu yang menjalankan perniagaan online untuk mempromosikan produk di blog mereka. Setiap entry yang ditaja akan dibayar dan/atau blogger akan diberi sample produk untuk dicuba sebelum dibuat review.

Bunyinya menarik bukan?

Tapi jika tersalah langkah, mungkin padah yang bakal menimpa. Terutama jika melibatkan produk kosmetik,  makanan kesihatan atau produk pelangsingan sekiranya:

  • Tanpa kita sedari kita mempunyai alergik pada sesuatu bahan yang terkandung dalam produk terbabit
  • Produk terbabit tidak berdaftar
  • Terlalu kerap bertukar produk kosmetik sehingga menyebabkan kulit kita bermasalah
Bagi blogger yang kerap mendapat tawaran untuk mempromosikan sebarang jenis produk mungkin kisah Blogger blog kecantikan dari Singapura (bunbunmakeuptips.com) ini boleh dijadikan rujukan dan diambil sedikit pengajaran agar lebih berhati-hati dalam memilih produk yang ingin dipromosikan. 

Kisah bun bun boleh dibaca disini
So sebelum mencuba apa-apa produk pastikan:
  • Kita kenal diri kita dulu, sama ada kita ada alahan pada bahan tertentu
  • Ambil tahu bahan kandungan produk yang ingin dicuba, elakkan dari mencuba produk yang mempunyai bahan yang kita alah
  • Pastikan produk tersebut selamat untuk digunakan, pastikan juga produk tersebut berdaftar 
  • Jangan gelap mata sehingga mengabaikan 3 perkara di atas semata-mata ingin mendapat duit atau kerana ingin mencuba sesuatu produk untuk diriview atau semata-mata ingin menarik trafik yang tinggi.


Nota Jejari : Tak pernah terima sponsored post apatah lagi buat produk review dari mana-mana syarikat. Cuma pernah terima bayaran untuk review blogshop sahaja......

5 comments:

  1. Tu la pasal..

    Jgn sewenang wenangnya merelakan diri menjadi lab rat utk produk yg belum di sah kan selamat...Duit dpt seciput, rugi seguni..

    ReplyDelete
  2. terlalu banyak produk kecantikkan di pasaran sekarang nie..

    ReplyDelete
  3. buat pilihan yg bijak.....

    http://khainuar.blogspot.com/2012/12/petua-kecantikan-semulajadi.html

    ReplyDelete
  4. tak pernah dapat tawaran jugak...hehehehe...memang takut kalau produk tu lagi teruk kat muka kita yg sedia dah teruk ni...hehehe

    ReplyDelete
  5. banyak kan produk tapim pastikan sebelum ambil apa-apa pun produk tu mesti selamat,semulajadi dan berkesan .Jemput datang blog yer

    ReplyDelete