Cara penipuan oleh pekerja money changer


Pernah berurusan dengan Pengurup wang ?


Jika ya boleh la berkongsi pengalaman terutama pada yang pernah ditipu oleh pekerja money changer tidak kira samaada dalam negara atau sewaktu melancong ke luar negara.

Pada yang belum pernah berurusan dengan pengurup wang mugkin video dibawah boleh dijadikan panduan agar kita lebih berhati-hati sewaktu membuat urusan pertukaran wang.

Sebelum tu, sedikit tips yang boleh dipertimbangkan sewaktu ingin membuat urusan pertukaran wang asing :
  • Cari pengurup wang berlesen ( Authorized Money Changer)
  • Jangan membuat pertukaran wang jika anda dalam situasi tergesa-gesa atau kalut , sebab dalam situasi sebegini kita lebih mudah ditipu dan mudah melakukan kesilapan.
  • Kira semula duit yang telah ditukar sebelum meninggalkan kaunter- Jangan sesekali mengira duit hanya setelah beredar dari kaunter.
Okey, sekarang perhatikan betul-betul trick yang digunakan oleh pekerja pengurup wang dalam video dibawah,mereka melakukan penipuan secara pantas dan cepat .


Kejadian yang dipaparkan diatas berlaku di Bali, dan tak mustahil di tempat lain juga boleh terjadi penipuan seumpama dengan trick dan kaedah yang berlainan.

So sentiasa berhati-hati dan berwaspada selalu.

Nota Jejari : macam-macam cara manusia menipu

2 comments:

  1. xdpt nk tgk youtube tu..tp insyallah nak tgk bila balik nanti..teruk jugak kan diorang nie

    ReplyDelete
  2. haha, magik trick di situ... senang2 kene tipu.

    ReplyDelete