3 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual ( Julai 2013)

3 produk yang dimaksudkan ialah:




Produk Kosmetik
Jenis Racun Berjadual yang dikesan
1.
 Aveana Night Revival Cream
Tretinoin
2.
 Blemished Skin Ampoules
Asid azelaik
3.
 Golden Horse B&W Cream-GH902-1
Merkuri

Nota : Kementerian Kesihatan menasihatkan orang awam supaya mengelak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang tersenarai seperti di atas

Kesan penggunaan racun Tretinoin, Asid Azelaik dan Merkuri tanpa pengawasan seperti dibawah:


Jenis Racun
Kesan Penggunaan 
1.
 Tretinoin
 Penggunaan tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
2.
 Asid Azelaik
Pengunaan tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, pedih dan kemerahan,

Nota: Asid azelaik yang digunakan untuk merawat masalah jerawat dan 'rosacea' (keadaan kronik di mana muka menjadi merah di kawasan dahi, hidung dan pipi) hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
3.
 Merkuri
Boleh menyebabkan ruam, iritasi , perubahan lain pada kulit dan juga boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk itu disapu pada kulit meruap dan dihidu. Lebih teruk lagi ianya juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan.

Untuk Senarai Produk Kosmetik yang Dibatalkan Notifikasi / disenarai hitam oleh KKM dari tahun 2008 hingga 2013 boleh rujuk di entry " Senarai Produk Kosmetik yang Dibatalkan Notifikasi / disenarai hitam oleh KKM "


Sebarang pertanyaan atau aduan berkait kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik tersebut , anda boleh menghubungi:

 Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532 atau 03-78835534 

Nota Jejari : Pada yang dah terguna , seeloknya stop terus dari menggunakan produk yang dimaksudkan...

1 comment :

  1. Selamat Hari Raya ... Maaf Zahir Batin ... Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat kita semua.

    ReplyDelete

Ad