Rahsia kod warna pada ubat gigi

Sebenarnya tiada rahsia apa pun.

TAPI....

Masih ada yang sebarkan info kononnya kod warna ( merah , biru , hijau , hitam ) pada setiap ubat gigi melambangkan kandungan atau bahan asas yang digunakan dalam ubat gigi tersebut. Contoh:


Sebenarnya tanda warna ( merah , biru , hijau , hitam ) berkotak seperti dalam gambar di atas ada pada produk lain juga seperti pada pencuci muka, perapi rambut atau apa sahaja produk dalam bekas tube sebegitu.

Tanda tersebut tak memberi apa-apa makna pada orang biasa tapi sebaliknya pada pekerja yang terlibat dalam pemprosesan produk tersebut dan juga pada mesin yang mengendalikan proses pembungkusan produk tersebut tanda warna ( merah , biru , hijau , hitam ) amat penting .

Dalam industri pembungkusan, tanda tersebut diistilahkan sebagai " eye marks " ( atau " eye spots " ). Tujuan tanda tersebut mungkin untuk memberi signal atau memberi tahu pada mesin pembungkusan , kotak/bungkusan yang sesuai untuk sekian-sekian produk.

Ada juga info yang menyatakan bahawa tanda warna yang terdapat pada ubat gigi tersebut secara umumnya menunjukkan kegunaan ubat gigi tersebut seperti
  • Merah - Ubat gigi kanak-kanak
  • Biru - untuk kesan pemutihan gigi (mengndungi bahan pemutihan gigi)
  • Hitam - tiada kesan pemutihan tapi menghilangkan sisa makanan dan sebaginya
  • Hijau - tak sure
Kesimpulannya,  jika anda betul-betul prihatin lebih baik tengok label bahan kandungan , arahan / cara pengunaannya.


Nota Jejari : Sebelum ni tertanya-tanya juga apa fungsi tanda sebegitu...kerana sekeping gambar yang dikongsi di Fb dapat juga tahu maksud disebalik tanda tersebut....

5 comments :

  1. ye ke ubat gigi kanak2 kenapa kebanyakkan warna hitam

    ReplyDelete
  2. setuju dengan yang ni . ramai yang salah faham

    ReplyDelete
  3. Ubat gigi kanak2 yg adik sya guna sekarang nih colgate barbie wrna merah .. Tq 4 info .. :)

    ReplyDelete
  4. ubt gigo aku ade label kelabu..tu ape plak??? ni sume tipula.... x de makna utk info pengguna pon..warna tu untuk mecine detection kilang je....

    ReplyDelete