Drama Kampung Girl Episod 1


Bersiaran bermula 12 julai setiap Jumaat pukul 9 malam, saksikan drama bersiri

" Kampung Girl "

Gandingan Nad Zainal dan Akim sebagai Ainnur dan Ashraf, dan dibantu oleh Shah Jazle ( Faisal ), Emma Maembong ( Annisa ) , Hilal Azman ( Tuan Shahir ), Emma Akma ( Puan Mazlin ) dan lain-lain.

Secara ringkas drama adaptasi novel " Kampung Girl " ini berkisar tentang kisah Ashraf Khairi, anak bongsu kepada pasangan ahli perniagaan yang cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, seorang gadis kampung tanpa kerelaannya.

Untuk sinopsis versi novel dan serba sedikit bayangan jalan cerita dari awal sehingga akhir boleh baca di entry " Kampung Girl gandingkan Nad Zainal & Akim Ahmad "

Kredit video to malaymovie

Sinopsis untuk Episod pertama seperti dibawah :

"ASHRAF KHAIRI terkejut apabila mummy nya, PUAN MAZLIN mahu menjodohkannya dengan AINNUR, sepupunya sendiri yang dipanggil ‘perempuan kampung’ sedangkan dia tidak minta pun untuk dicarikan calon isteri. "

Untuk gambaran episod 1 berdasarkan novel seperti dibawah:

.... Aduh! Masalah sungguh. Siapa yang minta carikan calon isteri? Aku tak ada buka mulut pun. Mummy ni sengaja tau. Mana yang dia tak suka, yang itulah mummy hendak. Bikin hati gua resah, gelisah saja. Mana nak lena tidur malam macam ni!

 Ainnur. Nama gadis yang meniti corong telinganya. Ainnur?! Aduh. Lagilah rasa nak lari berekar jauhnya. Dalam banyak-banyak perempuan, kenapa budak kampung tu juga yang jadi pilihan hati mummy! Aku tak nak! Aku tak suka!

"MUMMY, this is seriously unfair! Kenapa abang Adam boleh kahwin dengan pilihan sendiri tapi Ash tak boleh!"  suara Ashraf bergema dalam banglo tiga tingkat itu. Sedaya yang boleh dia hendak menidakkan keputusan yang telah dibuat oleh mummy, Puan Mazlin.

 "Kenapa pula tak boleh? Mummy berkenan dengan budak tu… lagipun, bukannya orang lain, sepupu kamu juga… kenapa pula tak nak dengan budak Ainnur tu? Ashraf… budak tu baik tau!"

"Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!" buat sekian kalinya Ashraf menghamburkan jawapan yang sama dari bibirnya.

"Nak ke… tak nak ke… kena nak juga! Mummy dah pergi meminang pun. Kamu jangan nak banyak bunyi. Suruh cari sendiri, tak nak… sekarang ni, kamu ikut saja cakap mummy,". Puan Mazlin menoktahkan bebelan. Wajah Ashraf yang sudah terkedu itu dipandangnya lama. Entah apa masalah anak bongsunya ini, disuruh berkawan dengan budak perempuan… seribu satu alasan dia bagi. Tersilap hormon ke? Nak kata minat kaum sejenis… hisy! Nauzubillah… insyaAllah, anak aku masih straight orangnya. Tapi kenapa susah sangat nak ngam dengan perempuan? Muskyil sungguh Puan Mazlin.

"Daddy… tengoklah mummy ni…," Ashraf yang lama terdiam, tiba-tiba bersuara dan cuba meraih simpati Tuan Shahir pula.

"Ikut sajalah cakap mummy. Daddy pun dah tengok Ainnur tu… nampak padan dengan kamu Ash…," jawapan Tuan Shahir hanya membuatkan Ashraf makin tercekik. Laki bini dah berpakat nak membinikan aku dengan budak kampung tu. Mana keadilan dalam dunia ni kalau aku dipaksa rela untuk melakukan sesuatu di luar hasrat dan keinginan hati sendiri.

"Ash tak nak!" Ashraf masih lagi dengan degilnya.

"Ashraf Khairi!!!" naik terus pitch suara Puan Mazlin. Budak seorang ini benar-benar menguji kesabarannya.

"Mummy tak nak dengar perkataan tak nak dari mulut kamu. Esok kita nak pergi tengok Ainnur… and that’s it" Ashraf sekali lagi mati kata-kata. Mummy tidak pernah bertindak dalam halnya. Tidak pernah sama sekali mummy memaksa anak-anak melakukan perkara yang mereka tidak suka. Mummy seorang ibu yang sangat memahami jiwa muda anak-anak, tapi sekarang apa sudah jadi?

"Mummy… Ash tak nak!" rayunya lagi.

"Jangan degil mummy kata," sekali lagi jawapan Puan Mazlin yang mengecewakan Ashraf. Susah nak bercakap kalau tiada sokongan yang kukuh. Adam! Dialah satu-satunya harapan yang Ashraf ada. Dia perlukan sumbangan ikhlas berbentuk pujukan dari Adam supaya mengubah keputusan Puan Mazlin. Gila! Takkan mungkin aku berkahwin dengan budak kampung tu.

 ‘Persidangan’ kecil yang dihadiri tiga orang manusia itu dibubarkan. Puan Mazlin dengan Tuan Shahir awal lagi sudah memanjat tangga ke bilik mereka. Tinggallah Ashraf sendirian yang sedang berteleku di ruang tamu. Bila otak tengah stress macam ini, terasa hendak melakukan yoga pula. Mungkin boleh tenangkan sedikit mindanya.

 ‘Dei! Nak tenang pergi ambil wuduk dan solatlah’

 Mata Ashraf yang baru saja hendak terkatup untuk memulakan sesi yoga, kembali terbuka luas. Solat. Hajat. Terus dia berdiri tegak dan memulakan langkah untuk sampai ke bilik. Ujian apakah yang ditulis buat dirinya? Seawal usia 28 tahun, dia sudah dipaksa untuk menamatkan zaman bujangnya.

 ‘Awal ke 28 tahun tu?’ desis hatinya sendiri.

 ‘Awal la! Aku belum puas hidup membujang!’ sahutnya laju.

"Mummy dah bagi berapa tahun untuk Ash cari calon sendiri… tapi apa yang Ash bawa balik rumah? Hari-hari fail tebal. Hari-hari sibuk meeting sana-sini. Dah mengalahkan daddy pula busy kamu ni… bilanya nak kahwin kalau macam ni?"bebelan Puan Mazlin terngiang-ngiang di telinga. Huish! Tak tenang langsung telinganya. Dah macam tape rosak, asyik mengulang-ulang ayat itu saja dalam kepalanya.

Niat asal untuk menunaikan solat hajat seakan terbantut. Terus saja langkahnya dipanjangkan ke arah katil. Dapat baring atas tilam yang empuk ini pun best juga. Tangannya didepakan luas memenuhi ruang katil itu.

Kalau kahwin, kena kongsi bilik. Kongsi katil. Kongsi… err… terkelu lidah Ashraf sebentar. Macam-macam nak kena kongsi ni. Salah satu sikapnya yang terbawa-bawa dari kecil, dia tidak suka berkongsi barang miliknya dengan siapa pun. Lebih-lebih lagi dengan si budak kampung itu. Selalu kalau mereka balik kampung untuk beraya, ada saja barangan miliknya yang akan menjadi igauan Ainnur. Tak faham betul aku! Barang aku, asal yang dia suka sangat! Aku tak suka orang suka-suka kat barang yang aku suka.</p><p> ‘Dei! Berapa banyak suka daa…’

 ‘Suka hatilah!’.

 Minda Ashraf dah berselirat. Badannya yang tergolek-golek atas katil tidak membantu untuk menyelesaikan apa-apa masalah. Bertambah sesak adalah.

"Esok kita tengok Ainnur!" ayat Puan Mazlin menyapa kembali. Eh, tunggu sebentar! Kenapa ayat itu seolah tak tercerna dalam otak aku tadi? Esok…

 Seakan tersedar tentang sesuatu. Esok pergi tengok Ainnur?! Esok nak pergi utara?! Apa yang mummy aku tengah fikir ni? Jangan nak buat gila. Aku takkan ikut sebab esok aku ada appointment dengan klien penting syarikat. Tak ada maknanya aku nak buang masa pergi ke utara semata-mata nak kena tengok si budak kampung tu. Kampung girl yang sememeh. Mesti habis saja SPM dah praktis siap untuk jadi calon isteri mana-mana lelaki. Budak kampung yang tipikal.

 Hanya kutukan lahir dalam hatinya. Foto yang dihulurkan oleh Puan Mazlin tadi tidak dialihkan langsung. Dibiarkan saja terkubur dalam sampul putih itu. Disebabkan hatinya tidak ingin dengan budak kampung itu langsung dia pun tak teringin nak menatap wajah yang sudah lama hilang dari bayangan mindanya. Ainnur! Aku tak tengok pun dah boleh agak sikit-sikit macam mana rupa kau. Mesti macam nenek kebayan! Dengan kain batik dan baju kedah yang seringkali tersarung di tubuh Ainnur, sedikit pun tak ubah macam nenek tua muka budak kampung itu.

Sedar tak sedar, dalam mengutuk mengata Ainnur, akhirnya Ashraf terlena dibawa mimpi jauh nun ke utara

Selanjutnya boleh baca di sini.

Nota Jejari : Selamat menonton !
Disclaimer : Sumarz.com provides links to other sites on the Internet (Google Video, Youtube Video, DivX host sites, supernovatube.com, dailymotion.com, tudou.com, veoh.com, youku.com, and others) We do not host or upload any video, or films. Therefore, any queries or other issues please contact the appropriate media file owners / host sites. 

No comments:

Post a Comment