Drama Kampung Girl Episod 2



Masih ingat last scene untuk episod pertama ?

Scene dimana ashraf terdengar sesuatu dari salah satu bilik di rumahnya, lalu dia bertindak membuka pintu bilik tersebut dan nampak kelibat "orang" tengah menari then dia tutup balik dan sewaktu dia ingin memuka semula dia terkejut dengan sergahan Ainnur dengan wajah yang putih melepak. Ingat lagi?

Kalau tak ingat boleh refresh balik di entry " Drama Kampung Girl Episod 1 ".

Agaknya apa yang terjadi dekat Ashraf, rentetan dari disergah sebegitu?


Kalau ikut versi Novel Ashraf pengsan gara-gara terkejut melihat muka Ainnur yang penuh bertepek bedak sejuk, sampaikan kepala terluka. Tapi untuk versi drama ni tak la sampai berdarah kepala atau sampai pengsan kan.

Ikut Novel juga ada scene Ashraf terpaku melihat Ainnur

MATA Ashraf dipejam celikkan. Langkahnya seolah tergam, tak dapat nak bergerak. ‘Dei! Apa sudah jadi?’ soal hatinya.
“Terpegun!” eh! Suara siapakah itu. Laju Ashraf memusingkan wajahnya dan terus saja matanya bersabung dengan wajah Puan Mazlin. Ashraf diam tidak menjawab namun otaknya tidak berhenti memikirkan logik. Boleh jadi sampai tahap ini ke? Direnungnya kembali pada ‘objek’ yang sedang bergerak ke keluar dan masuk dari dapur.
Sebenarnya, dia tak nak tergam di posisi kedudukannya ini, tetapi dia tidak mampu hendak menggerakkan kakinya. Disebabkan mindanya tertanya-tanya refleksi menjadikan kakinya tidak mampu melangkah. Matanya juga seakan tidak jemu meratah ke segenap inci wajah itu. Siapa dia? Bukan ke semalam mummy cakap budak kampung itu ada di sini, tapi ini siapa pula?
“Siapa tu mummy?” soalnya apabila Puan Mazlin sudah hendak melangkah ke meja makan.
Puan Mazlin mengerutkan dahi. Aik! Hentakan dekat kepala semalam kuat sangat ke sampai dah tak ingat tentang budak kampung dia. Tiba-tiba saja Puan Mazlin menarik senyuman. Ada peluang terbuka luas untuk mengenakan Ashraf. Lantas tangan Ashraf ditariknya mendekati meja makan dan terus didudukkan pada kerusi kosong di situ.
Apabila wajah Ainnur muncul kembali dari dalam dapur dengan menatang sedulang air, Puan Mazlin melebarkan senyumannya. Kenapa yang Ashraf boleh tak kenal dengan Ainnur? Rasanya dia sudah dapat meneka sebabnya. Ainnur kelihatan sangat berlainan dengan sepasang blouse hijau pucuk pisang yang dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam. Nampak cantik dan moden. Hilang gaya kampung yang sering dibawanya dengan pemakaian kain batik itu. Patutlah Ashraf tak dapat nak kenal pasti dengan mudah.
Dan juga babak Ashraf memuji Ainnur:
Makin cantik ya kau sekarang!” luah Ashraf tanpa sedar. Dia seakan tidak perasan apa yang dikatakannya. Sedangkan Ainnur… muahaha! Dipuji sebagai cantik… rasanya lelaki ini sememangnya bukan berada dalam kondisi yang waras. Boleh pula dia puji ‘nenek kebayan’ jadi cantik kan? Sekurang-kurangnya mulut itu sudah menarik salah satu fakta daripada menjadi label dirinya.

Dan sekali lagi terpaku sewaktu anak saudaranya pergi mendapatkan Ainnur;

.... Tetapi tidak pula dia bergerak menghampiri Ainnur untuk mengambil Aiman. Lama matanya mendarat pada wajah gadis kampung itu. Kenapa lain sangat dia sekarang ini? Desis Ashraf. Matanya masih tidak lepas menjamah ke segenap wajah Ainnur. Dulu macam nenek kebayan. Sekarang…
“Papa Ash, apa tengok mama Ain macam tu!” teguran si kecil membuatkan Ashraf mengetap bibir. Untuk menutup rasa malu di hati, dia terus mendengus kasar. Terus saja tanpa kata dia berlalu masuk ke dalam rumah.
Babak lain yang menarik, babak di meja makan dimana Ashraf yang duduk bersebelahan dimeja makan tersembur air minum ke arah muka Ainnur. 

Apa-apa pun versi novel dan versi drama pasti akan ada kelainannya, nantikan sahaja babak mana yang akan dimasukkan dan babak mana yang akan ditambah untuk drama Kampung Girl ni nanti....

Pada yang tak berkesempatan membeli dan membaca novel ni lagi, if nak tahu gambaran jalan cerita versi novel boleh baca di entry " Kampung Girl gandingkan Nad Zainal & Akim Ahmad ".


Nota Jejari : Selamat menonton

No comments:

Post a Comment