HEARTS untuk suri rumah 1 Malaysia


Entry khusus buat sesiapa yang bergelar surirumah yang berhajat menambah pendapatan tapi tak tahu nak buat apa, korang mestilah berumur dalam lingkungan 25 hingga 60 tahun dan memiliki kelayakan pelajaran peringkat diploma dan keatas.

Pada yang berkenaan boleh rujuk iklan dibawah:


Serba sedikit tentang HEARTS seperti dibawah :

Apa itu HEARTS?

HEARTS ialah singkatan kepada Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme, dimana ianya merupakan satu insentif dibawah sokongan Untuk Suri Rumah 1 Malaysia bertujuan meningkatkan peratusan penyertaan wanita bolehkerja dalam pasaran buruh daripada 46% kepada 55% bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Objektif
  1. Melatih suri rumah berpelajaran yang telah menjadi pendam dengan kemahiran khusus bagi membolehkan mereka menyumbang secara aktif kepada pertumbuhan ekonomi negara di samping mengekalkan status quo sebagai suri rumah
  2. Menyediakan platform kepada suri rumah untuk mempelajari bidang baru yang membolehkan mereka bekerja dari rumah dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah
Kumpulan Sasar
  • Suri rumah atau ibu tunggal yang berpelajaran (lulusan diploma dan ke atas) tetapi telah berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa
  • Berusia dalam linkungan 30 hingga 50 tahun
  • Warganegara Malaysia
Program
  • Peperiksaan Pra-Kontrak (PCE) dan Peperiksaan Asas Takaful (TEB)
  • Membangun dan Menyelenggara Laman Sesawang
  • Registered Financial Planner (Module 1 & 2)
  • Certified Financial Planner
  • Penterjemahan
  • Penulisan Skrip
Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web dibawah :

Pembangunan Sumber Manusia Berhad @ http://www.hrdf.com.my

ATAU

FB Page Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme - Hearts

Nota Jejari : Boleh dipertimbangkan, sememangnya diri ini memenuhi kesemua kriteria kelayakan yang tertera ... hmmmm 

No comments:

Post a Comment