Panduan Khatam Quran bulan Ramadhan


Panduan yang diberikan dibawah adalah panduan umum sahaja;
  1. Panduan Khatam 1 kali - Baca 4 muka surat setiap kali lepas solat sepanjang bulan ramadhan. ( 4 x 5 = 20 , 20 x 30 = 600 muka surat)
  2. Panduan Khatam 2 kali - Baca 8 muka surat setiap kali lepas solat sepanjang bulan ramadhan. ( 8 x 5 = 40 , 40 x 30 = 1200 muka surat = 2 kali khatam)
  3. Panduan Khatam 3 kali - Baca 12 muka surat setiap kali lepas solat sepanjang bulan ramadhan. ( 12 x 5 = 60 , 60 x 30 = 1800 muka surat = 3 kali khatam)

Mungkin jadual tadarus Al-Quran dibawah boleh membantu kalian dalam melaksanakan khatam Al-Quran 1 kali dalam bulan puasa ni.

Tip ringkas: Setiap waktu solat = 2 helai @4 muka surat. Selesai baca, tandakan (/)



Malah hari berpuasa juga tidak semestinya 30 hari, ada tahun-tahun tertentu kita hanya berpuasa untuk tempoh 29 hari sahaja. Maka panduan diatas perlu diubah suai mengikut keadaan.

Sebab itu matlamat untuk khatam Al-quran perlu ditetapkan . Apa yang penting untuk merealisasikan niat dan keinginan untuk khatam 30 juzuk Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan kita perlu fokus serta tetapkan matlamat. Terutama bagi yang belum pernah dapat khatam Al-quran pada bulan ramadhan yang lepas-lepas atas pelbagai sebab dan alasan. Mungkin atas faktor;

  • Keuzuran - terutama bagi perempuan, akan ada 'cuti' wajib setiap bulan, mungkin 6/7 hari atau paling lama 14 hari. 
  • Faktor anak, situasi semasa, kesihatan yang tergangu
  • Kesibukan kerja sehingga membataskan masa dan tidak pula cuba mencari masa
  • Pulang berbuka dikampung, masa banyak dihabiskan diatas jalan dan sebagainya
  • Di penghujung ramadhan "menyibukkan" diri membuat persiapan raya

Walau apa pun alasan kita, kita lebih tahu bila waktu kita punya banyak masa terluang ( maka lebihkan muka surat atau lebihkan jumlah ayat yang dibaca ) , bila jangkaan "period" kita, bila itu dan bila ini.

So...

Jika kita benar-benar mahu khatam 30 Juzuk Al-quran , cari lah waktu bukan mencipta alasan....


Nota Jejari : InsyaAllah akan berusaha untuk khatam Quran...

No comments:

Post a Comment