Love You Mr. Arrogant ; Update setiap episod


* Update gambaran episod akhir drama Love You Mr. Arrogant di entry " Episod Akhir Love You Mr. Arrogant "

Kali ni layan drama ni pulak:

Drama Love You Mr. Arrogant:
Tapi...

Tonton secara online je la...Bagi yang nak tahu, kat bawah ni sedikit maklumat berkaitan drama yang dimaksudkan.

Sebuah drama adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama, hasil karya Aliesha Kirana. Antara para Pelakon yang menjayakan Drama bersiri Love You Mr. Arrogant. ialah Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham dan Zara Zya sebagai Zaara Amirah, Hanez Suraya ( Sherry) , Keith Foo (Hadry Hakimi) , Anzalna Nasir ( Fiz) Syarul Ridzwan (Faisal) dan ramai lagi.

Lagu Tema/Lagu Latar bagi Drama Love You Mr. Arrogant ialah lagu Tetap Menanti nyanyian Nomad.

Bagi yang ingin membaca sebahagian cerita versi novel boleh baca di laman web Penulis2u dan drama ini juga boleh di tonton secara online di laman web www.tonton.com.my . Untuk sinopsis umum dan sinopsis setiap episod seperti di bawah:

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...
( Sumber : KaryaSeni )

Love You Mr. Arrogant Episode 1 - 25/9/2013
Zaara buat pertama kalinya bertemu dengan Irham didalam satu kejadian kemalangan kecil telah berlaku sewaktu Zaara tergesa-gesa untuk kepejabat. Irham yang memandu kereta BMW dengan bersikap berlagak dan ego meminta rm 5000 kepada Zaara sebagai ganti


Love You Mr. Arrogant Episode 2 - 26/9/2013
Zaara menerima panggilan telefon dari ibunya.Ibunya telah memberitahu tentang sms yang telah diterima.Zaara amat bengang terus datang ke pejabat Irham bekerja.


Love You Mr. Arrogant Episode 3 - 30/9/2013
Zaara terkejut besar bila Hajah Amina memberitahu yang Irham hendak masuk meminangnya.


Love You Mr. Arrogant Episode 4 - 1/10/2013
Selesai memilih pakaian pengantin, Zaara hanya berdiam asyik teringatkan gadis seksi(sherry) yang bersama Irham semasa dibutik, Zaara melangkah keluar dari butik itu dan berkata sendiri mengapa Irham memilih dia, tidak memilih si gadis seksi itu.


Love You Mr. Arrogant Episode 5 - 2/10/2013
Pada malam berinai Zaara langsung tidak merasa apa-apa sebaliknya Zaara merasakan sedih untuk menamatkan zaman bujangnya. Hajah Amina hanya memberikan nasihat dan berpesan supaya Zaara bersabar menempuhi semuanya kerana semua ini sudah jodoh


Love You Mr. Arrogant Episode 6 - 3/10/2013
Irham berjalan malas kearah biliknya. Tak pernah seawal ini dia bangun, baru sehari berkahwin dia telah pun memecahkan rekod bangun awal kerana sebelum ini dia tidak pernah bangun untuk solat subuh.


Love You Mr. Arrogant Episode 7 - 7/10/2013
Zafrina (Kakak Irham) mempersoalkan bagaimana Zaara dan Irham bertemu, Zaara yang tergagap jawab soalan dari Zafrina, dan mengatakan Zaara bukan selera Irham.


Love You Mr. Arrogant Episode 8 - 8/10/2013
Fiz menelefon Zaara bertanyakan khabar Zaara bagaimana dia dengan Irham Zaara menarik nafas panjang dan menceritakan hal pergaduhannya dengan Sherry. Irham masuk kebilik dan bertanyakan kepada Zaara siapa yang telefon dia..


Love You Mr. Arrogant Episode 9 - 9/10/2013
Selepas selesai kerja Zaara pulang semula kerumahnya hanya seketika tetapi suaminya datang menjemput seolah-olah tidak boleh beranggang dengan Zaara, itulah yang di usikkan oleh Fiz.


Love You Mr. Arrogant Episode 10 - 10/10/2013
Zaara terselamat pada malam itu. Di siang hari Zaara dengan rutin harian membasuh keretanya tetapi Irham dengan berlagaknya memerintah Zaara membasuh keretanya pula.


Love You Mr. Arrogant Episode 11 - 14/10/2013
Hadry yang mula bekerja dengan Zaara sering memuji Zaara dan dia mula memberanikan diri mengaku yang dia sememangnya dah jatuh hati kepada Zaara sedangkan dia telah tahu Zaara telah berkahwin dengan Irham.


Love You Mr. Arrogant Episode 12 - 15/10/2013
Zaara tidur dibawah, tetapi Irham menyuruh Zaara tidur diatas katil sehingga kaki Zaara sembuh.Di sini Zaara mula merasa terharu melihat Irham yang sememangnya baik hati tetapi masih bersikap berlagak melayannya.


Love You Mr. Arrogant Episode 13 - 16/10/2013
Irham muncul dirumah Faisal dan menyerang Faisal untuk menyoal apa yang telah berlaku.Faisal tak mengaku apa yang telah terjadi.Dalam pergelutan itulah Faisal melepaskan dirinya mengatakan Zaara bukan perempuan yang baik.


Love You Mr. Arrogant Episode 14 - 17/10/2013
Irham kelihatan tak selesa dengan rumah kampung tambahan pula katil yang beralaskan tilam nipis,tetapi disebabkan keletihan dia tertidur juga diatas katil yang pada mulanya dia tak suka.

*Sinopsis setiap episod berdasarkan laman web tv3, kemungkinan berlaku kesilapan pada info bagi setiap episod harian mungkin ada. Kebiasaannya sinopsis akan lari sedikit



Nota Jejari : Selamat menonton

No comments:

Post a Comment