Rawatan Jangkitan Kulat Pada Kemaluan


Adalah normal bagi perempuan mengalami sedikit masalah keputihan. Namun adalah tidak normal jika masalah tersebut menjadi semakin teruk sehingga terjadi lelehan yang sangat gatal, berbau dan warna lelehan menjadi kuning atau hijau.

Masalah Jangkitan pada saluran kemaluan perlu diambil berat oleh golongan wanita kerana jika tidak dirawat, bukan sahaja akan menimbulkan bau yang tidak selesa dan kegatalan, malah lebih teruk lagi akan menimbulkan masalah lain seperti mengganggu hubungan intim dengan suami, mengakibatkan masalah kesuburan ( sukar hamil ) dan juga boleh menyebabkan keguguran.

Antara rawatan yang boleh dicuba untuk merawat jangkitan kulat pada saluran kemaluan adalah:

1. Menggunakan Ubat-ubat antifungal saperti nystatin, nizoral dan lain-lain ( Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi untuk lebih kepastian ).

2. Menggunakan Ubat pessary (saperti peluru) yang dimasukkan kedalam faraj. Berbagai jenama terdapat dalam pasaran. ( Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi untuk lebih kepastian ).

3. Mengamalkan vaginal douching . Guna satu cawan air suam campur satu sudu garam atau guna satu sudu apple vineger campur satu cawan air. Staff klinik bolih ajar cara douching. Beli alat 'sitz bath' untuk mudahkan rendam dan basuh kemaluan yg dijangkiti kuman dengan menggunakan air garam. Jauhkan kegunaan feminine antiseptik juga elakkan dari membersih kemaluan sehingga ke bahagian dalam faraj , cukup sekadar dibahagian luar sahaja. ( Ini kerana douching juga ada bahayanya)

4. Makan 'probiotics' (bukan antibiotics) untuk membiakan bakteria-bakteria kawan yg baik dalam bentuk pil supplement. Terdapat beberapa makanan yang jadi sumber probiotics saperti cheese, yogurt, miso, tempe, dark chocolate dan buah olive. Lactobacillus membiak dalam usus dan berguna meningkatkan immunity.

5. Makan kebih sikit bawang putih/garlic kerana ia punya daya antifungal dan antibakteria.

6. Minum satu sudu minyak kelapa dara (VCO) waktu sarapan dan makan malam. Ia juga mengandungi bahan-bahan antifungal dan antibakteria.

7. Minum cranberry juice yg diiktiraf untuk rawatan jangkitan kuman disaluran kencing. Air limau nipis juga baik untuk tujuan ini.

8. Amalkan pengambilan Multivitamin supplement khususnya vit E dan C.

9. Gunakan seluar dalam yang longgar dan bersih. Kerap menukar seluar dalam atau menggunakan pantiliner atau lap kering setiap kali lepas mencuci kemaluan untuk memastikan seluar dalam sentiasa bersih dan kering.
( Sumber : FB Dr Hamid Arshat)


Nota Jejari : Sentiasa amalkan kebersihan untuk elak sebarang jangkitan.....

No comments:

Post a Comment