Air Ikan Haruan pastikan ianya berdaftar


Rasanya banyak produk berasaskan ikan haruan tidak kira la dalam bentuk cecair atau tablet/kapsul yang dijual di pasaran.

Memang tak dinafikan Ikan haruan punya khasiat nya yang tersendiri. Tapi dalam pada kita ghairah ingin mencuba produk tempatan kerana khasiatnya yang diyakini sejak turun temurun lagi jangan sesekali lupa untuk pastikan produk tersebut berdaftar dan selamat untuk digunakan.

Sebenarnya isu Air Ikan Haruan keluaran satu syarikat tempatan yang disahkan mengandungi Racun Dexamethasone ni dah agak lama. Tapi mungkin maklumat berkaitan produk tersebut tidak tersebar dengan meluas terutama dikawasan pendalaman atau mungkin ada golongan tertentu yang tidak ambil tahu akan hal ini.

Untuk makluman produk ikan haruan yang dimaksudkan disini adalah seperti dalam gambar dibawah:


Antara khasiat yang dicetak pada botol Air Ikan Haruan ini ialah :
  • Membersihkan darah yang kotor
  • Melegakan gatal-gatal kulit
  • Menyembuhkan luka dalam
  • Menguatkan tenaga
  • Melegakan batuk kering
  • Baik untuk ibu-ibu yang bersalin

Mungkin ada yang tertanya-tanya , apa sebenarnya racun Dexamethasone ?

Secara ringkasnya Dexamethasone adalah sejenis steroid (steroid adalah antara golongan racun yang hanya dibekalkan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi sahaja )
Dexamethasone is a synthetic drug of the corticosteroid type, used esp. as an anti-inflammatory agent.
Antara kesan sampingan produk air ikan haruan tersebut ialah ia boleh mempercepatkan pereputan tulang, mengakibatkan masalah penglihatan dan tekanan perasaan.



Nota Jejari : Berhati-hati memilih ubat tradisional pastikan ianya berdaftar dan selamat

No comments:

Post a Comment