Makan kenduri jangan sampai perut merana!


Kes keracunan makanan yang berlaku di utara tanah air baru-baru ni memang mengejutkan ramai pihak, dan perkembangan terbaru tentang kes tersebut ialah pendedahan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah berkaitan punca berlakunya keracunan makanan tersebut.
Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.
Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.
“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.
Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.
“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,” katanya.
Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.
“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Untuk makluman , Bakteria Samonella bukan lah satu-satunya bakteria penyebab kepada berlakunya keracunan makanan, antara bakteria lain yang boleh menyumbang kepada keracunan makanan ialah:


1. Staphylococus aureus - Makanan yang biasa terlibat ialah makanan yang telah di masak dan dicemari oleh pengendali itu sendiri dan makanan yang telah dicemari bakteria dan mengandungi toksin. Antara contoh  jenis makanan yang terlibat seperti makanan yang terhasil dari daging, ayam dan itik, pulut kuning, sambal udang, nasi lemak, bihun goreng, pastri berkrim keju, susu, cendawan.

2. Salmonella - Makanan yang biasa terlibat seperti daging, ayam, telur dan hasil telur, susu mentah dan hasil susu.

3. Escherichia coli enteropathogenic - Makanan yang biasa terlibat ialah daging burger yang tidak cukup masak, keju dan air atau makanan yang sedia dimakan yang telah dicemari najis.

4. Bacillus cereus - Makanan yang biasa terlibat ialah Nasi, nasi goreng, hasil bijirin, puding, rempah sayur-sayuran, hidangan berdaging.

5. Vibrio parahaemolyticus - Makanan yang biasa terlibat ialah makanan laut seperti ikan dan udang, Kerang yang tidak dimasak dengan sempurna.

6. Campylobacter - Makanan yang biasa terlibat ialah susu mentah, ayam , itik, hati lembu, kepah mentah, air yang tercemar.

Mungkin ada diantara kita kurang arif tentang bagaimana bakteria tersebut boleh membiak sehingga menjadi punca penyebab berlakunya keracunan makanan. Secara umumnya antara penyebab berlakunya keracunan makanan ialah :
  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
  • Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
  • Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
  • Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
  • Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih - tidak membersihkan permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan, kawasan dapur tidak bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain. Tidak asingkan makanan mentah dari makanan yang telah dimasak. 
  • Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun

Tak kira dimana pun kita makan samaada di majlis kenduri, kedai makan malah rumah kita sendiri sekalipun sentiasalah amalkan sikap berhati-hati dan sentiasa peka untuk selalu beringat dan biasakan diri untuk lihat hidu dan rasa dahulu makanan untuk pastikan makanan adalah selamat untuk dimakan.

a) LIHAT

Adakah terdapat tanda-tanda makanan telah rosak seperti ;
  • berbuih, dan
  • berlendir ?
Adakah terdapat kesan hurungan serangga seperti telur lalat dan sebagainya ?

b) BAU

Adakah makanan berbau ;
  • pelik, atau
  • tidak menyenangkan ?

c) RASA

Adakah makanan tersebut terasa seperti ;
  • basi,
  • pelik, atau
  • tidak menyenangkan ?
Dan sekiranya selepas makan sebarang makanan, kita mengalami tanda-tanda atau gejala seperti :
  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
* Note : Tanda dan gejala keracunan makanan mungkin berbeza antara individu bergantung kepada kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan, umur seseorang, sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang.

seeloknya dapatkan segera rawatan.

Sumber : Bahagian keselamatan dan kualiti makanan , KKM

Nota Jejari : Jangan main-main dengan keracunan makanan ni tau, sebab jika tidak dirawat atau terlambat dirawat boleh membawa kepada maut tak pun boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

No comments:

Post a Comment