Berhati-hati memilih inai kon


Terserempak dengan satu perkongsian di wall laman facebook berkaitan inai kon yang dikenali dengan nama " RED CONE" atau " PARTY MEHNDI RED CONE " yang dikatakan mempunyai bahan kimia yang berbahaya sehingga boleh mengakibatkan alahan atau kesan terbakar pada kulit.

Perkongsian tersebut seperti dibawah:

Seorang gadis telah menginaikan tangan dan lengannya inai yang bernama Mehndi dikenal sebagai "Red Cone" beberapa bulan sebelum majlis perkahwinannya. Selepas memakainya tangan dan kakinya telah dijangkiti sejenis penyakit, maka doktor mencadangkan untuk MEMOTONG lengan dan kakinya, yang akhirnya, ibu bapa gadis ni beri minum racun...
Tolong sebarkan!
Kon ini berada di mana-mana pasaran dengan nama "PARTY MEHNDI RED CONE" Sila jangan pakai inai ini!!! Kerana ia mengandungi kimia yang sangat merbahaya yang boleh membunuh jiwa!
Tak sure juga sejauh mana kebenaran cerita di atas.

Tapi...

Kalau buat carian di search engine, kalian akan berjumpa dengan pelbagai versi cerita tersebut, seperti :
According to a doctor of agha khan hospital. a red cone mehandi is arrived in all over Pakistan. This cone is filled with strong chemicals. Due to which a girl was died. In his message he said, "that girl was newly married and had applied this cone, after two to three days the red cone chemicals start burning her skin. And when the chemicals spread to the legs, she went to the agha khan hospital with her parents, the parents asked to the doctor what happened to our daughter, the doctor says, the cone mehandi she had applied contained very strong chemical and this the burning of her skin is due to the chemicals contained in the cone, so if you want to stop this chemical from spreading in her whole body then we have to cut her hands and feet. This is because we cant recover them. The parents did not agree on that. And said to doctor that instead of giving her pain by cutting her hands and feet, give her a poison injection so that she can die in peace. And the doctor gave the poison injection to the girl. After that the doctor spread this message through sms that never use this red cone mehandi. (Sumber : allvoices )
Kemungkinan untuk berlakunya kes alahan akibat penggunaan inai sebegitu ( yang telah dicampur dengan bahan kimia tertentu) tidak mustahil. Kerana zaman sekarang pelbagai alahan kepada sesuatu bahan boleh di alami, apatah lagi pelbagai bahan kimia yang dicampur. Samaada bahan kimia tersebut dibenarkan untuk digunakan atau bahan tersebut dibenarkan pada had tertentu tapi telah dicampur melebihi had kita tak tahu kan?

Rasanya hampir 8 atau 10 tahun lepas masa mula-mula inai ni tengah naik ada juga cakap-cakap mengatakan inai kon ni sedikit bahaya boleh mengakibatkan kegatalan kulit atau alahan pada kulit seperti timbul ruam atau kesan kemerahan. Tapi masa tu cuma terfikir mungkin ada yang alah pada inai sebegitu tapi tidak sampai ke tahap bahaya.

Sebagai pengguna, apa sahaja produk yang ingin kita cuba seeloknya :
  • Lihat bahan kandungan sesuatu produk terlebih dahulu.
  • Lihat samaada ada kelulusan dari badan-badan tertentu atau tidak
  • cuba dalam kuantiti yang sedikit dahulu, maksudnya hanya sapukan sedikit pada kulit , biarkan untuk beberapa ketika untuk lihat kulit kita sesuai atau tidak 
  • Berhenti terus dari menggunakan sesuatu produk tersebut jika ada rasa kurang selesa atau sebagainya ( kesan selepas penggunaan produk terbabit)
  • Dapatkan terus rawatan jika mengalami kesan sampingan 

Nota Jejari : Gara-gara entry " Inai dan lelaki (Antara adat dan hukum memakainya ) " ramai yang bertanyakan dimana nak dapatkan serbuk inai jenama suzana....

3 comments:

  1. baru ternampak kat fb semalam...memang patut disebarkan supaya orang sini tidak terkena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure juga inai jenis ni dijual kat negara kita atau tidak, tapi elok berhati-hati sebelum apa-apa perkara tidak diingini berlaku kan

      Delete
  2. Dah tengok mcm ni rase was was pulak nak gune inai. Adoyai mcm mcm je kan.

    ReplyDelete