Kenapa perlu basuh telur sebelum digunakan ?


Telur antara bahan yang wajib ada kat dapur. Setuju ?

Macam-macam kegunaan telur bukan sekadar masak telur semata ( telur dadar , telur mata kerbau , telur rebus , scrambled egg dll ), telur juga boleh diletak dalam nasi goreng, mee goreng dan pelbagai masakan lagi, telur juga merupakan antara bahan utama dalam pembuatan kek malah ada sesetengah kuih juga ada yang menggunakan telur, tak lupa juga telur digunakan dalam pembuatan roti , biskut , pendek kata macam-macam la kegunaan telur kan.

Tapi sejauh mana kesedaran kita dalam bab kebersihan telur. Adakah kita basuh terlebih dahulu sebelum menggunakan telur ? Bagaimana pula di gerai-gerai , pasar malam, kedai makan malah restoran atau kedai bakeri ? Adakah mereka menitik beratkan kebersihan yang satu ini?


Sedikit info berkaitan kepentingan membasuh dahulu telur sebelum dipecahkan untuk digunakan seperti dibawah :

Telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum dipecahkan untuk dimasak ke dalam makanan. Kenapa ?

In kerana najis ayam pada telur yang masuk ke dalam makanan bukan saja membuatkan makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella.

Penting juga untuk kita pastikan telur yang dibeli tidak retak, kerana kuman Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak. Tanda awal pembiakan kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk sebaik dipecahkan.

Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam dan manusia dengan mudah mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, dengan memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam.

Hal ini telah disahkan oleh Centre for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat dalam kenyataannya pada Julai 2010.

Sumber : Fb Dr Zubaidi Hj Ahmad

Nota Jejari : Ingat , basuh dulu telur sebelum dipecah untuk digunakan... tak salah kita basuh dulu even luaran kulit telur tu nampak bersih.. tak susah pun nak basuh telur tu kan????

2 comments:

  1. Kekadang tgk kt kedai...diorg kata dh basuh tp letak semula atas papan telur yg dibeli tuh...padahal kt papan tuh pon kotorkan..kekadang bertempek jer najis ayam kt situ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu makan dirumah lebih terjamin kebersihannya kan? tapi kita ni ada masa nak juga makan kat luar , ubah selera.....

      Delete