Panduan Kuruskan Badan


Ada pelbagai cara untuk kuruskan badan, tidak kira melalui senaman, program diet, mengambil pil atau makanan pelansingan , sedut lemak dan sebagainya.


Dalam banyak-banyak cara tersebut ada yang selamat dan ada juga sebaliknya ( bahaya dan berisiko ), ada yang lambat menampakkan hasil dan ada juga yang cepat, ada yang diluluskan dan ada juga yang mengandungi bahan terlarang . Pendek kata semuanya bergantung pada pilihan kita sendiri, samaada mahu cara yang bagaimana untuk kita pilih bagi mengurangkan berat badan kita.

Dibawah disertakan beberapa panduan yang boleh dicuba dalam usaha untuk mengurangkan berat badan :

1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadikan perut kita lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan .

4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengeyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makanan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang.

11. Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap-senyap ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang-kacang waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.
Nota Jejari : Pilih cara yang betul dan selamat bukan cara cepat yang membahayakan

No comments:

Post a Comment