Panduan Rawatan Batuk Selsema Ketika Hamil


Baru-baru ni alami selsema dan batuk selama lebih dari seminggu. Memang terasa seksa bila sedang hamil dan dalam masa yang sama badan rasa lemah disebabkan batuk dan selsema. Sesiapa yang pernah mengalaminya pasti tahu bagaimana rasanya. Sedangkan jika tidak hamil pun kita sudah merasa terganggu dengan kehadiran batuk dan selsema ini kan pula sewaktu hamil bukan?


Kebiasaanya jika alami batuk dan selsema, saya memang tak ambil sebarang ubat, hanya banyakkan berehat , banyakkan minum air suam dan ambil vitamin C sahaja. Tapi tetap monitor keadaan batuk dan selsema tersebut jika rasa ada kelainan dan teruk daripada biasa , suka atau tidak memang akan ke klinik juga.

Menurut Dr Zubaidi di dalam statusnya di FB page beliau, Wanita hamil yang mengalami batuk dan selsema tidak digalakkan mengambil ubat-ubatan kecuali jika keadaannya teruk sehingga boleh mengancam nyawa ibu dan bayi dalam rahim.

Dr Zubaidi mencadangkan wanita hamil agar meningkatkan daya ketahanan badan dengan cara :
  1. Makan makanan yang sihat dan seimbang. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Ini akan memberikan sumber mineral dan vitamin antioksida seperti vitamin C yang dapat membantu melawan jangkitan.
  2. Minum banyak air sekurang-kurangnya 1.5 L dalam sehari. Selain air mineral,  boleh juga minum jus buah-buahan untuk rehidrasi dan melonggarkan lendiran yang pekat. Kurangkan minuman berkafein atau minuman manis.
  3. Berehatlah apabila rasa perlu untuk meminimakan tahap stres. Kadar stress yang tinggi akan menyebabkan daya tahan tubuh bertambah rendah.
  4. Bersenamlah dengan senaman ringan kerana ia menggalakan peredaran darah dalam badan dan membantu anda melawan jangkitan.
  5. Jika anda merokok, berhentilah. Pastikan juga rumah anda tiada orang yang merokok dan rumah tidak dipenuhi habuk. 
  6. Ambil multivitamin untuk kehamilan. Untuk lebih kepastian dapatkan nasihat dari doktor

Nota Jejari : Masa hamil memang mudah untuk dijangkiti virus selsema atau batuk....

No comments:

Post a Comment