Pavlova Kurang manis


Korang penggemar Pavlova?

Tempahan dari seorang kenalan, Terima Kasih !!

Awal-awal tersebarnya "virus" Pavlova dulu ramai yang beri komen Pavlova ni manis. Ya la kalau ikut resipi yang dikongsi di internet ni memang banyak la jugak penggunaan gula nya tu. So pada yang tak suka manis tu kalau rasa nak buat Pavlova kena la pandai-pandai kurangkan kuantiti gula ikut tekak masing-masing nak manis setakat mana kan?

First perkongsian tentang Pavlova di blog di entry " Teringin nak rasa Pavlova so.... " . Masa tu memang buat versi manis, ya la first time buat tak tahu camna sebenarnya rasa Pavlova so, buat sejibik ikut resipi la kan. Pastu bila dah tak tahan manis, just kurangkan je la kuantiti gula.

Untuk percubaan terkini, try guna resipi dari blog Cik Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan pulak. Actually tak jauh mana beza resipi yang cuba dulu dengan resipi di blog Cik Mat Gebu. Bagi korang yang baru nak try buat sendiri Pavlova , terpulang pada keselesaan korang la kan nak try resipi yang mana. Tapi , kalau rasa diri tu tak mampu nak makan makanan manis sangat, jangan lupa kurangkan sukatan gula ya.

Untuk resipi Pavlova kali ni saya kurangkan separuh kuantiti gula dari resipi asal. Pada yang tercari-cari resipi , boleh salin resipi dibawah ya:

Pavlova kurang manis
sumber : Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 putih telur (dai telur gred A)
1 cawan gula kastor (che mat guna 3/4 cawan ~ saya guna 1/2 cawan sahaja)
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan (che mat guna cuka JALEN)
1/2 camca teh serbuk vanillin (boleh ganti dengan esen vanilla)
Non-dairy whipping cream yang telah diputar kental secukupnya
Buah2 pilihan anda seperti stroberi, kiwi, peach, anggur dan markisa


CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 180C, sediakan 10 bekas paper cup jenis keras bersaiz 4 inci. Ketepikan. Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga kental.
Masukkan cuka makan dan putar sebati. Ayak tepung jagung dan gaul dengan spatula hingga rata. Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang saiz besar. Paipkan bentuk bulatan dalam paper cup tadi. Buat hingga semua siap.
Masukkan dalam oven dan turunkan suhu pada 130C, bakar selama 1 jam 25 minit. Kemudian matikan suis oven. Renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan povlova sejuk secara semulajadi.
Bila sejuk, paipkan dengan krim dan tabur buah2an atasnya, boleh hidangkan atau simpan dalam peti sejuk sementara waktu hidangan....

Nota Jejari : Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment