Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku ( PISA )


Bakal menggantikan drama Love You Mr Arrogant dan bakal bersiaran awal bulan november 2013 nantikan drama adaptasi novel " Playboy Itu Suami Aku ( PISA ) "
Lakonan Chacha Maembong ( Fisya ) , Fattah ( King Adrian) dan Nur Risteena ( Fina @ Afina Aulia)
Sumber gambar : edtv-zahidizakariya.blogspot.com

Cam biasa kalau drama slot akasia memang saya akan tonton online je. Bagi yang ingin mengetahui sinopsis versi novel ada disediakan dibawah ya.

Bagi yang nak baca sebahagian novel Playboy Itu Suami Aku ( PISA ) secara online link untuk setiap bab seperti dibawah :



Sinopsis  atau gambaran untuk setiap episod dan lain-lain info bagi drama Playboy Itu Suami Aku ( PISA ) akan di update dientry lain.

Sinopsis Novel Playboy Itu Suami Aku ( PISA ) seperti berikut : 
“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenaliplayboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorangplayboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

“Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

Ringkasan dari akusetiamenanti.blogspot.com untuk lebih gambaran perjalanan cerita versi novel:

Pertama kali Adrian (King) jumpa dengan Fina masa dekat kedai bunga kawan baik dia, Syaf. Adrian ni datang nak beli five bouquet roses tapi Fina yg kena ambik order sebab si Syaf tu sakit perut. Mula2 si Fina ni kemain la puji si Adrian ni melambung-lambung sekali bila Adrian cakap
“Kat atas kad tulis ayat ni.”
On this day, a very special person was born. Happy birthday, beautiful. I love you so much!
King
Dan lima2 bouquet tu kena tulis ayat yg sama dgn nama yg berlainan maka tersedar la Fina ketika ini yang berada di hadapan dia adalah seorang Crocodile hahahaha terus lenyap segala pujian Tapi Fina sedikit terkejut bila membaca salah seorang perempuan yang ditulis oleh Adrian FISYA!! Sapa Fisya ni? Yes Fisya ini adlah adik kembar Fina. Tapi Fisya ni tak pernah nak berbaik dengan Fina sebab Fina ni jenis yang tak pandai bergaya berbeza sangat dengan Fisya yang pandai bergaya. Fisya yang menjadi kegilaan ramai org. Tapi masa tu Fina sedapkan hati dia, mungkin nama je sama sbb dia sendiri takut kalau adik dia menjadi mangsa crocodile macam Adrian ni
Semuanya terbongkar masa birthday party Fisya Kenapa birthday party Fisya je sedangkan diorg kembar? Sebab Fisya tak nak buat sekali dengan Fina. And masa birthday party tu jugak secara tak sengaja fina tertampar si Adrian ni Dipendekkan lagi cerita satu hari tu Fina kena ikut Syaf pergi rumah sorang Puan Sri yg sangat cerewet ni. Selalunya Syaf akan pergi dgn kakak dia tapi memandangkan kakak dia takde jadi Syaf ajak Fina teman
Suratan atau kebetulan *tetibe* hahaha Adrian rupanya anak Puan Sri tu Fina cuba lari dari Adrian tapi malangnya Adrian nmpak dia and lagi malang bila Adrian berdendam dengan Fina sebab Fina tampar dia And guess what?? Puan Sri berkenan nak jadikan Fina menantu dia lepas nmpak Fina solat At first Fina tak nak terima and diorang kahwin jugak tapi tetibe 
*sila hambek mood suspend*
Fina hilang ingatan! Yes hilang ingatan! Dia mengalami accident Dia tak ingat sapa Adrian Dia ingat mak ayah dia, Fisya je Dia tak percaya dia kahwin dengan Adrian, si Playboy mak Fina selalu cakap dia bahagia kahwin dengan Adrian tapi Fina tak percaya sebab nmpak sgt Adrian tu tak suka kat dia
Sampai satu tahap, Puan Sri mintak tolong Fina jadi setiausaha Adrian untuk awasi and buang perangai playboy Adrian tu Hari berganti hari masa berganti masa hari berganti hari Fina mula jatuh cinta pada Adrian tanpa sedar tapi perasaan itu cuba dikikis mengenangkan Adrian adalah seorang playboy Adrian juga mula menyukai Fina apatah lagi sebaik sahaja Fina menjadi setiausahaya Fina telah ditranformasikan oleh Puan Sri menjadi Fina yang baru.
Fina yang baru juga bukan lagi Fina yang dulu yang hanya mengikut telunjuk Adrian tanpa melawan. Tragedi kelakar telah berlaku apabila Adrian menyuruh Fina membuat nasi goring kepadanya dan dua lagi sahabatnya. Fina telah meletakkan wasabi di dalam nasi goring yang dimasaknya dan julap di dalam air yang dibancuh Apa lagi mengamuk la si Crocodile tu pada keesokkan harinya.

Adrian mengambil tindakan yang berani apabila cuba meluakan perasaannya selepas Fina hampir-hampir diperkosa oleh Dato’ Hashim. Tapi luahannya telah disalah tafsirkan oleh Fina oleh sebab itu Fina tidak mahu mendengar sehingga habis apa yg ingin diucapkan oleh Adrian. Semasa Fina ingin lari dari Adrian secara tak sengaja Fina terjatuh dan kepalanya mengalami kesakitan dan kerana peristiwa itu, Fina mendapat kembali ingatannya yang hilang itu. Ya! Dia kembali ingat apakah yang menyebabkan dia menerima Adrian dalam hidupnya suatu ketika dulu Tapi hal ini dirahsiakan dahulu daripada pengetahuan Adrian. Nak tahu apa yang menyebabkan Fina terima Adrian? Sila beli novel PISA di kedai buku berhampiran or order je on9 kalau malas nak keluar rumah g bookstore Apakah yang menyebabkan Fina kemalangan? Adakah Fina dan Adrian akan meluahkan perasaan masing2? Apakah yang menyebabkan Adrian menjadi seorang Playboy? Apakah yang terjadi kepada Fisya? Bnyak lagi halangan yang akan berlaku dalam hubungan diorang sehingga Fina terpaksa membawa diri jauh dari Adrian demi keselamatan Adrian

Nota Jejari : Camna Menarik tak cerita ni ?

No comments:

Post a Comment