Sinopsis Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang


Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, rasanya ramai yang dah tahu dalam filem ni ada penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus ( UAI ) disamping pelakon lain seperti Kumpulan Shiro, Along Eyzendy, Mikael Andre dan Zalif Sidek.

Filem komedi islamik hasil arahan Pierre Andre ini merupakan terbitan Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG).


Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang bakal ditayangkan di pawagam pada 28 November 2013 nanti. Sinopsis dan Official Trailer bagi filem ini seperti dibawah:
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.


Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.


Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.


Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.
Official trailer filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang



Nota Jejari : Hmmmmm.......

No comments:

Post a Comment