Bisnes Online dikenakan GST ?


Lambat lagi perlaksanaan GST kan, dalam bulan April 2015, kiranya ada lebih kurang 17 bulan lagi. So sepanjang tempoh 17 bulan ni jangan terkejut la kalau ada perkhabaran tentang GST yang tak sedap didengar/dibaca, seperti :

Keratan Akhbar dengan tajuk : Bisnes online dikenakan GST
Sedikit petikan dari keratan akhbar diatas;
" Sektor tidak formal seperti perusahaan kecil termasuk perniagaan dalam talian (online) tidak terkecuali daripada dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan ( GST).

Langkah tersebut dilaksanakan kerana peniaga perlu mengeluarkan invois bercukai kepada pelanggan dan menuntut bayaran balik GST dalam input perniagaan mereka.

......

Sebelum ni terdapat banyak perniagaan kecil di Malaysia yang tidak mengisytiharkan pendapatan, malah mereka juga tidak mempunyai sistem invois yang teratur. ....... " 

So bagaimana pendapat kalian yang bergelar "peniaga online" dengan isu diatas?

Mungkin ada peniaga online yang bersetuju dan mungkin ada yang kurang bersetuju. Bila wujudnya GST barang jualan pasti akan mahal sedikit kan. Sebagai pembeli pula, mungkin kita akan berkira-kira juga samaada mahu membeli atau tidak.

Rasanya rata-rata yang berniaga online ada yang langsung tidak berdaftar / tiada lesen perniagaan, apatah lagi menyediakan invois. Sekiranya GST dilaksanakan kemungkinan mana-mana individu yang ingin menjalankan perniagaan secara online diharuskan memdaftar perniagaan mereka. Segalanya mungkin....


Nota Jejari : Tunggu dan lihat je la...

No comments:

Post a Comment