Restoran MABIQ - Menu Masakan kampung


Dah lama nak try menu makan tengah hari di MABIQ Restoran ni, tapi selalu tak kesampaian. Bukan tak kesampaian sebab apa, tapi sebab restoran ini dibuka setiap Ahad hingga khamis ( Bermula pukul 11 pagi ) . kebiasaaannya kami ke Kuantan hari sabtu so memang tak buka la kan restorannya tu.

Memang ramai bagi feedback yang bagus tentang menu di Restoran MABIQ. Walau lokasi nya ( Restoran MABIQ Tanjung Lumpur ) agak tersorok sedikit melalui jalan kampung yang agak sempit, tapi ramai je yang sanggup datang kesini semata-mata ingin menjamu selera dengan pelbagai menu masakan kampung disini.
Restoran Mabiq Tanjung Lumpur terletak di belakang Yayasan Pahang dan tapak projek IKIP

Memang plan kami datang sini nak merasa Gulai Daging Salai dan Pais Ikan Patin Tempoyak ( Sory excited sangat nak merasa sampai lupa nak snap gambar ). Memang puas hati dapat merasa keduanya.

Untuk makluman bagi yang belum tahu, Restoran MABIQ pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan Di TV3, dan uniknya restoran ini ia berkonsepkan Restoran layan diri.


Maksudnya dari ambil lauk-pauk, ambil nasi sampai la ke air minuman, semuanya perlu diambil sendiri tanpa ada pelayan restoran yang melayan. So pandai-pandai korang la ya nak ambil lauk apa sama ada nak letak lauk pauk terus dalam pinggan nasi atau nak letak lauk pauk dalam piring/mangkuk asing , nak minum air apa samaada tanpa ais atau dengan ais.

Pilihan tempat duduk pulak ada 2, korang boleh pilih sama ada nak duduk atas kerusi atau bersila di satu sudut khas. Terpulang.

Antara menu yang disediakan disini ialah, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Gulai Lemak Daging Salai, Pais Ikan Patin Tempoyak, Sambal Belimbing Buluh, Daging Salai Goreng Kicap dan lain-lain lagi.




Nota Jejari : Akan berkunjung semula kesini, jika ada peluang nanti....

No comments:

Post a Comment