Apa itu Rokok Tidak sah


Sekarang pelbagai istilah wujud berkait dengan rokok ; rokok haram, rokok tiruan, rokok tidak sah, rokok kontraband ....

Bagi yang masih belum tahu, apa yang diistilahkan dengan " Rokok Tidak Sah " atau " Rokok Tiruan " ialah :
"Rokok yang menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport palsu "
Perhatikan pada kotak rokok yang dijual, jika ianya tidak disertakan dengan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang sah di tepi kotak, itu menandakan rokok yang dijual tidak sah dan sekiranya ada, ia perlu disiasat sama ada ia alamat yang sah atau palsu.

Mana-mana kotak rokok yang tidak menepati Akta Perihal Dagangan dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan juga dikira sebagai rokok tidak sah.

Manakala rokok yang  diimport untuk jualan komersial, tetapi tidak membayar cukai kepada kerajaan diistilahkan sebagai Rokok kontraband.

Selain tiada nama dan alamat pengilang atau pengimport yang sah di tepi kotak, rokok tidak sah juga dikatakan memiliki ciri seperti dibawah:

  • Rokok Yang Dihasilkan Secara Murah Seperti Jenama John, Luffman, Gudang Garam, Canyon, Era, League dll
  • Dihasilkan / dikilangkan di negara luar dan diseludup masuk ke negara kita
  • Rokok Tak Sah Dijual Pada Separuh Harga Rokok Asli atau lebih murah dari harga rokok biasa.
  • Kurang dari 20 pontong rokok dalam satu kotak
  • Jenama yang tidak didaftarkan
  • Rasa yang lain dari rokok biasa.
  • tiada cukai dan tanda keselamatan


Sebenarnya tak penting mana kita tahu ciri-ciri atau maksud disebalik istilah "Rokok Tidak sah" sebabnya satu point penting yang kita sebagai orang islam perlu pegang ialah :

" Merokok adalah haram "


Nota Jejari : Moga anak-anak kita dijauhkan dari tabiat merokok dan yang seangkatan dengannya

1 comment: