Floody Carbag ... cam menarik je


Menarik tak produk Floody Carbag ni ?


Zaman sekarang ni kan banyak berlaku kejadian banjir dan banjir kilat . Mungkin Floody Carbag ni sesuai untuk dipertimbangkan memandangkan setiap kali banjir banyak kereta rosak akibat dimasuki air.

Tapi jika dilihat pada situasi semasa dimana kejadian banjir yang berlaku ada kalanya tidak diduga ( kawasan tidak pernah terkena banjir juga dinaiki air ) ditambah dengan kenaikan air yang berlaku secara mendadak mungkin perlu berfikir banyak kali juga jika berhasrat mahu membelinya kan.  Faktor air banjir yang berarus deras juga mungkin perlu difikirkan, memandangkan kereta boleh terapung dan bergerak jika paras air banjir agak tinggi. Tapi tak salah jika memang mahu membuat persedian awal.

Agaknya kan ada tak beg seumpama floody carbag ini dibuat untuk barangan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, tv bersaiz besar  atau floody bag yang boleh dan mudah untuk disumbatkan dengan segala barangan perabut lainnya ?

Jika belum ada mungkin boleh diikhtiarkan oleh usahawan kita untuk mencipta floody bag khusus untuk barangan elektrik dan perabut. Rasanya ramai yang berminat untuk mendapatkannya jika ianya mampu untuk menyelamatkan barangan tersebut dari rosak dimasuki air kan?????


Nota Jejari : semoga ada ikhtiar dipihak tertentu untuk mengelakkan kejadian banjir buruk seperti yang berlaku baru-baru ni.

No comments:

Post a Comment