Ramalan cuaca Pantai Timur ( 18 - 20 disember 2013 )


*update : ramalan hujan sehingga 22hb disember 2013


Jabatan meteorologi Malaysia dah keluarkan kenyataan / nasihat berkait dengan ramalan cuaca bagi daerah tertentu di negeri Pahang Terengganu dan juga Johor. So pada yang tinggal di daerah yang di senaraikan dibawah harap dapat bersedia untuk sebarang kemungkinan seperti banjir gelombang kedua ke kan.

Tapi harapnya tiada la kan. Semuanya atas kuasa Allah SWT jua. Jika memang dah tertulis akan berlaku banjir untuk kali kedua , sebagai manusia apa yang kita mampu buat hanya la berdoa semoga banjir yang berlaku tidak seburuk awal bulan hari tu.

Ok la buat kalian yang tinggal di daerah :
1. Dungun dan Kemaman
2. Kuantan , Pekan dan Rompin
3. Segamat dan Mersing

sila take note dengan nasihat Hujan Lebat ( Peringkat Kuning ) yang dikeluarkan pada 15hb disember 2013 dibawah :


* Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku mulai Rabu 18 Disember 2013 sehingga Jumaat 20 Disember 2013. Keaadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan - kawasan yang berkedudukan rendah.

Bagi yang ingin mengetahui keadaan air pasang boleh lawati laman web jabatan meteorologi di link www.met.gov.my

Nota Jejari : Semoga ianya sekadar ramalan dan jika hujan pun sekadar hujan rahmat tanpa ada berlaku banjir.....

1 comment:

  1. harap kali nie taklah banjir lagi...kesian mereka yang terkena banjir tu..

    ReplyDelete