Resipi Jus Markisa


Masa mula-mula terpandang menu minuman jus markisa ni, terimbau kembali zaman kecil dulu , biasa la makan buah markisa sebab nenek ada tanam pokok buah ni. Sekarang memang agak sukar nak jumpa buah ni dijual. So dapat minum jus markisa ni pun dah cukup puas hati.

Apa rasanya ?

jus markisa sedap

Masam - masam manis..... sedappppp......

Sebab dah banyak kali order, hubby ambil kesempatan tanya pada tokey kedai tersebut resipi buat jus markisa seperti dalam gambar diatas tu. Ikutkan  jika search di google ada je yang berkongsi resipi membuat jus markisa ni. Tapi cara membuat dan jus yang dihasilkan berbeza dari yang kami minum ni.

Resipi yang kami dapat pun hanya resipi secara general sahaja tiada sukatan untuk setiap bahan. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan jus markisa seperti dalam gambar ialah :

  • Isi buah markisa
  • Susu pekat manis
  • air kosong / air masak
  • esen vanilla
Blend kesemuanya kemudian letak dalam cawan dan tambah ais. 

Itu sahaja mudah kan?


Nota Jejari : Perlu cari buah markisa dahulu baru boleh cuba buat .....

No comments:

Post a Comment