Doa melindungi anak dari gangguan syaitan , 'ayn dan lammah.


Salah satu doa yang boleh kita amalkan untuk melindungi serta mengelakkan anak kecil ( diri kita juga ) dari diganggu oleh syaitan, 'ayn ( penyakit & kecacatan fizikal & aqal disebabkan dari manusia dan jin ) dan Lammah (sejenis gangguan pada aqal).

Nabi Muhammad salla Allahu 'alaihi wasallam melindungi cucu baginda Hasan dan Hussain dengan bacaan ini dan baginda nabi turut menyebut ia juga amalan nabi Ibrahim a.s yang dibacakan kepada Nabi Ismail a.s dan Nabi Ishak a.s. 


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ


Ertinya : Aku berlindung dengan (berkat) kalimah Allah yang sempurna (dan melindungi serta menyembuh) dari segala Syaitan dan yang beracun (memudaratkan) dan dari segala jenis 'Ayn (penyakit & kecacatan fizikal & aqal disebabkan dari manusia & jin) dan Lammah (sejenis gangguan pada aqal). (Riwayat Al-Bukhari, terjemahan berdasarkan penjelasan Ibn Hajar dan al-Khattabi)

Sumber :


Nota Jejari : Jadikan amalan doa harian... 

No comments:

Post a Comment