Pankek mudah dan sedap


Seingat saya ini kali kedua kot buat pankek. Selalunya buat pankek melayu je. Kali ni sebab nak pelbagaikan menu sarapan dan menu bekal anak ke sekolah, buatkan la juga walau dalam hati risau anak-anak tak makan.

Percubaan kali ni ada la sikit kot rupa pankek. Tu pun hasilnya tak seberapa kalau nak banding ngan pankek orang lain kan ?


Tak kisah la asalkan rasanya sedappp...

Untuk resipi kali ni rasanya lebih sedap dari resipi yang pernah dicuba dulu. Dulu-dulu rasa cam cerewet je nak buat pankek sebab tu lebih prefer buat lempeng. Tapi bila dah selalu mencuba pelbagai resepi yang lebih banyak bahan dan lebih banyak step , rasanya pankek ni lebih mudah dan cepat untuk disediakan.

Ok la cam biasa sebagai rujukan bagi yang ingin mencuba boleh tengok bahan dan cara untuk membuat pankek dibawah :

PANKEK SEDAP
by:  dermakasih

Bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baiking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar *izah tukar buttermilk
1 telur ayam
1 sudu tea esen vanilla kalau suka
2 sudu besar butter yang dicairkan
sedikit garam

Caranya

  1. Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
  2. Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
  3. Kemudian masukkan susu segar.
  4. Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baiking powder dan digaul sebati
  5. Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
  6. sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
  7. Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit sebelum digunakan. 



Nota Jejari : selamat mencuba

No comments:

Post a Comment