Fahami Punca Anak Mengamuk


Anak mengamuk tiba-tiba yang kekadang kita sendiri tak sedar apa punca nya , mungkin biasa terjadi kan?


Kekadang kita sangka anak mengamuk sebab sekian-sekian hal tapi ternyata bukan. Bila ditanya ada anak yang mampu untuk menyatakan sebab musabab dan tak kurang juga ada anak-anak yang tidak mahu memberi respond selain dari terus mengamuk dan menangis.

Mungkin antara sebab atau punca penyebab anak mengamuk dibawah boleh memberi gambaran pada ibubapa untuk lebih memahami tabiat dan situasi anak.

Antara punca yang mungkin menjadi penyebab anak mengamuk ialah :

  1. LETIH ATAU SAKIT -  Maka urutlah atau gosok badannya ( atau tempat yang dia rasa sakit ) dan biarkan dia merengek seketika sehingga dia rasa selesa dan dengan sendirinya berhenti merengek. 
  2. TAK TAHAN DENGAN SUASANA BISING ATAU SITUASI HINGAR BINGAR -  Bawa ke tempat yang kurang bising dan cuba tenangkannya. 
  3. TIDAK PUASHATI BILAMANA BARANG YANG DIPEGANGNYA DIRAMPAS - Mungkin si ibu merasakan barang yang dipegang oleh anak merbahaya lalu terus merampas dan tidak menggantikan dengan barang yang lain. Sebolehnya jangan rampas sebaliknya ambil secara baik sambil menerangkan pada si anak akan bahaya barang tersebut dan dalam masa yang sama menggantikan dengan barang yang lebih selamat. 
  4. KERAP DILARANG ie ITU DAN INI TIDAK BOLEH - anak menjadi keliru seolah-olah tiada perkara atau perbuatan yang boleh dilakukannya.
  5. KERAP DIMARAH - anak menjadi rimas bilamana asyik dimarah dan disuruh duduk diam. Sehingga merasa diri dibenci.
  6. DISIPLIN YANG KETAT - anak merasakan tiada ruang untuk bernafas. Serba serbi dikawal. 
  7. MESTI DAN PERLU MENGIKUT ARAHAN - anak mungkin merasakan tiada ruang bagi mereka untuk meluahkan pendapat dan bertanyakan soalan. 
  8. MENIRU AKSI PIHAK LAIN - mungkin si anak pernah melihat kanak-kanak lain mengamuk dan merasakan aksi sebegitu cara terbaik untuk mendapatkan perhatian dari ibubapanya. 
  9.  KERAP MELIHAT SITUASI IBUBAPA BERTENGKAR / MENGAMUK - anak mungkin merasa tertekan dengan situasi ibubapa yang sering bertengkar dan menyalahkan satu sama lain.
  10. SUNTIKAN SYAITAN - mungkin ini satu cara syaitan mahu kita sebagai ibubapa hilang pertimbangan dengan perilaku anak-anak kita. 

Jika anak-anak kerap mengamuk, kita sebagai ibubapa perlu bertindak bijak dalam menangani anak tersebut. Jangan sesekali kita biarkan diri kita hilang pertimbangan. Sentiasa ingat Anak tidak selamanya menjadi anak kecil. Mereka akan membesar dan percaya la kita pasti akan merindui saat-saat sewaktu mereka kecil. Jika anak kerap mengamuk muhasabah diri kita, mungkin ada perbuatan kita yang secara tak langsung menjadi punca anak berkelakuan sebegitu. Fahami anak kecil yang sentiasa dahagakan perhatian , kasih sayang dan tunjuk ajar dari kita. 


Nota Jejari : Menjadi ibu bapa tidak akan sunyi dari belajar. Belajar fahami jiwa anak dan belajar mencorakkan anak supaya menjadi seorang insan yang berguna bukan sahaja didunia malah lengkapkan anak dengan ilmu akhirat juga.

No comments:

Post a Comment