Roti lembut gebu rasmi BM yg baru dibaiki


Agak lama jugak tak meroti gara-gara breadmaker a.k.a BM rosak. Puas mencari kedai yang boleh baiki, dari satu kedai ke satu kedai semuanya tak sanggup buat. Dah tu langsunv tak nak tengok apa yang rosak terus cakap tak boleh buat. Hampir putus asa dah, Alhamdulillah ada oranv perseorangan yang sudi tengok-tengokkan Cik BM tu dan barjaya membaikinya.

Bila dah ok Cik BM tu masa untuk test la pulakkan so, terhasil la roti dibawah ni :


Buat permulaan ni, buat roti simple je dulu. Anak-anak kata sedap. Ya la dapat makan roti panas-panas mesti la syok kan? Tak sedar je lepas seketul, seketul pulak masuk.


Untuk percubaan kali ni saya guna resipi dibawah. Tapi sebab ada bahan yang tak de , so tak ikut 100% pun. So pada yang nak cuba boleh check resipi dibawah ya.

Roti Lembut Gebu
Sumber :  Anie Japri FB

Bahan :

500 G TEPUNG HIGH PROTIEN - ganti tpg gandum
250 ML AIR SEJUK PETI - ganti susu segar sejuk
1 BIJI TELUR
30G G SUSU TEPUNG - tak letak
80 G BUTTER @MAJERIN
1 SUDU KECIL GARAM
85GM GULA
1 PAKET YIS(11GM)

CARA:
1. MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.
2. MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.
3. DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.
4. BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT..MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2


Nota Jejari : selamat mencuba!!!!

2 comments:

  1. Assalamualikum. Nak tanya, repair BM kat mana?BM saya pun rosak jugak huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan ada hamba Allah dekat tempat saya tinggal (Jengka) yang boleh baiki BM tu. Tanya kedai baiki peralatan elektrik semua kata tak boleh baiki...

      Delete