Nak shopping barang baby pulak (


Masuk minggu ke-34, persiapan menyambut 'ahli baru' masih banyak yang belum dibuat.  Minggu ni baru siap pilih baju-baju baby milik si kakak dan si abang dulu, dah siap basuh pun. kebanyakannya dah tak sesuai untuk digunakan. Mungkin faktr lama bersimpan menyebabkan hampir kesemua baju ada kesan kuning/coklat cair yang tak hilang langsung bila di basuh. Tak pa la, ahli baru biar la baju pun yang baru juga kan...

Ada juga terfikir buatnya baby nak "keluar" awal camna la eik. Mesti kelam kabut Cik suami nanti mencari segalanya dari keperluan baby sampai keperluan isteri yang berpantang...hihihi. Tapi sebab "terlebih" yakin situasi bersalin awal tu takkan berlaku tu yang agaknya belum beli apa-apa lagi. Masih ada +/- 6 minggu lagi . InsyaAllah dalam minggu ni rancangnya nak start membeli la dah.


Jika ada yang bertanya apa kelengkapan untuk baby atau ibu bersalin nanti, pada saya bergantung pada keperluan masing-masing juga. Mungkin ada yang perlukan set Breastfeeding mungkin juga ada yang tak memerlukan langsung atau hanya perlu sebahagian sahaja. Bagi barang kelengkapan baby pula, pada saya bagi bakal ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata, tak perlu beli banyak sangat baju baby sebabnya kemungkinan untuk dapat hadiah berupa pakaian baby tu ada kan. Lagi pulak baby yang dalam pantang cepat membesar, so pakaian saiz new born tu tak perlu banyak sangat.

Secara umumnya antara keperluan bayi yang perlu dibeli ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
  • Lampin / diapers
  • Tisu basah / wet tissue
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Cecair mandian
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Tilam & Sarung tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Selimut

Bagi ibu bekerja pula perlu sediakan set peralatan penyusuan seperti 
  • Botol susu bebas BPA, 
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu
Bagi ibu bekerjaya yang berhajat memberi susu badan pula perlu sediakan :
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Senarai di atas sekadar panduan sahaja, mungkin ada barang lain yang ibu-ibu rasa perlu seperti putik kapas, beg lampin dan sebagainya. 

Nota Jejari : Mood shopping barang bayi..

No comments:

Post a Comment