Makanan yang disebut dalam Al-Quran

Trend sekarang ramai yang ingin mengamalkan :
  • "Pemakanan Sunnah"
  • Makanan semulajadi ( Bukan yang diproses) 
  • Makanan organik
Betul kan?

Bagus la jika dah ada kesedaran dikalangan masyarakat kita akan bahaya makanan siap proses atau makanan yang ditanam menggunakan baja buatan. Kalau diikutkan trend masyarakat di negara barat dah lama bertukar kepada makanan organik dan makanan semulajdi ni. Kita je yang baru nak "sedar"...

Ok la tak nak bebel bab tu, kali ni just nak kongsikan beberapa jenis makanan dan buah-buahan yang ada disebutkan dalam Al-Quran. Sumber dibawah saya ambil dari buku :
  • Allah Doktorku - Wahyu Ubat Penyakitku ( Terbitan Telaga Biru )
  • Majalah Al-Ustaz - Isu no 22 ( Fiqah Kulinari ) (Terbitan Telaga Biru )
Klik gambar untuk lebih jelas
Allah Doktorku - Wahyu Ubat Penyakitku ( Terbitan Telaga Biru )

Klik gambar untuk lebih jelas
Majalah Al-Ustaz - Isu no 22 ( Fiqah Kulinari ) (Terbitan Telaga Biru )
Makanan yang disebut dalam Al-Quran :
  • Kurma
    Maksudnya " Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akna menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. ( Surah maryam : 25 )
  • Tin
    Maksudnya " Demi buah Tin dan Buah Zaitun. ( Surah Tin : 1 )
  • Klorofil ( Didapati daripada sayuran terutama yang berwarna kehijauan )
    Maksudnya " Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu kami tumbuhkan dengan air hujan segala jenis tumbuh-tumbuhan. Kemudian kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijaukan. ( Surah al-An'am 6 : 99 )
  • Halia ( Zanjabil )
    Maksudnya : Dan mereka di dalam syurga itu diberi minuman sejenis minuman yang campurannya daripada Zanjabil. (surah al-Insan 76 : 17)
  • Cuka ( Khal )
    Maksudnya : Sebaik-baik penyedap rasa atau lauk ialah cuka. (Riwayat Ibnu majah no. 3316)
  • Beras
  • Tembikai ( Bittikh )
  • Mentimun ( Qitstsa' )
    Maksudnya " Dan ingatlah ketika kamu berkata: " Wahai Musa! Kami tidak tahan hanya makan sejenis makanan sahaja. Maka mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia Memberi kami apa yang ditumbuhkan bumi seperti sayuran, mentimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah " . ( Surah al-Baqarah : 61 )
  • Utruj ( Sejenis Citron )
  • Labu
    Maksudnya " Kemudian Kami tumbuhkan untuknya sebatang pohon daripada jenis labu " . ( Surah al-Saffat : 146 )
  • Bawang Putih
    Maksudnya " Dan ingatlah ketika kamu berkata: " Wahai Musa! Kami tidak tahan hanya makan sejenis makanan sahaja. Maka mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia Memberi kami apa yang ditumbuhkan bumi seperti sayuran, mentimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah " . ( Surah al-Baqarah : 61 )
  • Bawang Merah

  • Mentega
  • Pisang
    Maksudnya "Pohon-pohon pisang yang bersusun buahnya " . ( Surah al-Waqi' ah : 29 )
  • Anggur
    Maksudnya " Kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur. Dan Kami pencarkan padanya beberapa mata air " . ( Surah Yassin : 34 )
  • Delima
    Maksudnya " Didalam kedua-dua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima. ( Surah al-Rahman : 68 )
  • Zaitun
    Maksudnya " Demi buah Tin dan Buah Zaitun. ( Surah Tin : 1 )
  • Ikan
    Maksudnya " Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut sebagai bekalan bagi kamu ( untuk dinikmati kelazatannya ). ( Surah al-Ma'idah : 96 )
  • Kacang Adas
    Maksudnya " Dan ingatlah ketika kamu berkata: " Wahai Musa! Kami tidak tahan hanya makan sejenis makanan sahaja. Maka mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia Memberi kami apa yang ditumbuhkan bumi seperti sayuran, mentimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah " . ( Surah al-Baqarah : 61 )

Nota Jejari : Kebanyakannya memang kita biasa makan 

No comments:

Post a Comment