2 lagi Produk Golden Horse dikesan mengandungi Merkuri


Untuk makluman bagi pengguna Golden Horse Herbal Milk Lotion dan Golden Horse Bio Complex Cream , kedua-dua produk tersebut telah dikesan mengandungi racun berjadual Iaitu Merkuri.

Selain produk Golden Horse Herbal Milk Lotion dan Golden Horse Bio Complex Cream , satu lagi produk keluaran syarikat yang sama iaitu Golden Horse B&W Cream - GH902-1 juga telah didapati mengandungi racun berjadual yang sama pada tahun lepas. ( Rujuk entry : Senarai Produk Kosmetik yang disenarai hitam oleh KKM as at Disember 2013 )


Adalah dinasihatkan kepada pengguna untuk menghentikan terus atau mengelak dari menggunakan kedua-dua produk terbabit. Info berkaitan kedua-dua produk ( Golden Horse Herbal Milk Lotion dan Golden Horse Bio Complex Cream ) adalah seperti dibawah :


Bil.
Gambar Produk

Nama Produk

Nombor Notifikasi

Racun Berjadual Yang Dikesan

Nama Pemegang
Notifikasi

Nama Pengilang
1.
Golden Horse Herbal Milk Lotion – GH507NOT120905457KMerkuriChee Sing (Labuan) Sdn. Bhd.

Chin San Chemical

Works, Taiwan
2.
Golden Horse Bio Complex Cream – GH903-2NOT120905465KMerkuriChee Sing (Labuan) Sdn. Bhd.Chin San Chemical Works, Taiwan

Produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi logam berat merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan
  • mencerahkan kulit 
  • rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan 
adalah tidak dibenarkan dan boleh memudaratkan kesihatan. 

Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan :
  • kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. 
  • Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. 
  • Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. 
  • Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. 
  • Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta-merta.

Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532/5533/5537 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik.

Sumber : Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)


Nota Jejari : Memang terlalu banyak produk kosmetik baru yang muncul dipasaran , sebagai pengguna pilih la produk yang diyakini yang selamat digunakan dan tidak dicampur palsu dengan bahan yang berbahaya

No comments:

Post a Comment