Roti puri untuk sarapan


Dah lama tak buat roti puri atau roti kembung ni. Sebelum ni kalau buat memang main ikut suka hati je untuk bahan dan sukatan yang digunakan. Selalu kalau saya buat antara bahan yang digunakan ialah :

  • Tepung gandum
  • sedikit air
  • susu pekat
  • sedikit garam
Even hanya menggunakan 4 bahan ni sahaja roti yang dihasilkan tetap lembut dan bila digoreng menjadi la kembung yang sepatutnya tu. Untuk tengok hasilnya boleh ke entry " Sarapan simple jer... ".

Untuk kali ni try buat ikut resipi yang ada dikongsikan di internet pulak. Tekstur hasil dari menggunakan resipi kali ni memang berbeza sedikit mungkin faktor penggunaan yis dalam adunan tu menjadikan rasa dan teksturnya berbeza sedikit. 

Tapi....

Roti puri yang dihasilkan tak berapa menjadi la pulak...



Ni bukan salah resipi la dah ni. Ni salah orang yang membuatnya la kan. Mungkin teknik menggoreng tak betul sebab tu ada yang menjadi kembung dan ada yang leper tak kembung-kembung dah.

Ok la bagi yang nak cuba resipi saya tepek kat bawah:


ROTI PURI
sumber : yatiezaini - my resepi

Bahan-bahan ( 12 biji )
BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
40-50ml air
Minyak utk mengoreng

BAHAN B
1/2 sudu kecil garam
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan gula
175ml air panas


Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan B di dalam periuk dan panaskan sebentar. Kacau sehingga gula hancur dan matikan api dapur.
2. Di dalam bekas lain, satukan yis dan tepung. gaul rata.
3. Seterusnya tuang bahan B yang di cairkan tadi kedalam bekas tepung & yis dan gaul dengan menggunakan garfu sehingga adunan bercampur.
4. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti /breadcrumb.
5. Tambahkan air sedikit-sedikit dan adun sehingga tak melekat di tangan dan menjadi doh (jangan gunakan semua air tersebut)
6. Perap selama 30 minit dan bolehlah di bahagikan kepada 12 bahagian bulat yang kecil.
7. Canai doh nipis seperti membuat karipap dan bolehlah di goreng. Sebaiknya goreng sebiji saja dalam satu masa.
TIPS untuk menggoreng : Gunakan api yang kecil/sederhana. Api yang besar boleh menyebabkan roti tidak menggelembung. Semasa menggoreng hendaklah di simbah-simbahkan minyak ke atas roti ini dan bila menggelembung barulah di terbalikkan.




Nota Jejari : Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment